Tapi bangun pagi pun liat nak mampos, macamana?

Menurut perhitungan dan timbang-cara kerelatifan hidup gua sekarang, sudah menjadi pidana besar seorang manusia kamil seperti gua untuk tidak melunaskan mana-mana perkara yang dianggap sudah boleh diselesaikan barang beberapa tempoh yang terdahulu.

Uncle Woon sebelah rumah gua ni dah siap bukak kunci mangga kedai, gua masih bersilat atas tilam. Gua baru capai tuala nak masuk bilik mandi, kedai runcit Gobi kat simpang tu dah lama tersengih kira untung meniaga. Mr James tak payah cerita la, setiap tahun ada aje aktiviti nak renovate villa dan bersilih ganti kereta-kereta baru dia. Siap sorang satu untuk anak-anak dara dia.

Rasa macam nak lari pecut dengan Usain Bolt aje lepas sarapan nanti.



Cilakak!

Betul gua tak reti nak emo.


p/s: Gua dengar Buletin Utama malam tadi, skuad kebangsaan Jerman nak datang lawan Harimau Malaysia. Berani betul cabar-cabar macam gini!

Ulasan

Niezam berkata…
sindrom zombie kampung pisang masih menular walaupun berlaku waktu sahur. virus zombie bukan saja ada di waktu sahur malah waktu pagi.
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

masalahnya, zombie yang belah kiri bahu aku ni... makin lama makin besor!

cilanat betol.