Rashid Sidek tak bersalah dalam hal ini!

Pagi ni gua bangun dengan keadaan hampas dan serangan kongkalikong sekali lagi oleh syarikat telekomunikasi yang memutuskan hubungan telefon bimbit gua kepada dunia luar. Tak sampai berapa minggu bayar bil, dah kena potong balik. Gua terkandas semula. Hampas-sehampasnya!

Game dengan Telekom-MMU semalam berkesudahan dengan keputusan penuh : 4-4. Gua dapat jaring satu gol pembuka selera untuk team gua. OK la tu walaupun main kat atas padang basah dan hujan, pengurusan kelab yang lemah dan bertaraf amatur, sarat perut dengan ayam kentaki, sirap, nasik, teh o ais dan lain-lain termasuklah sekali lagi juga ditipu oleh Usepp. Cis! Hangus RM13 gua. Habis game, badan kemek-kemek dan bengkok semacam. Malam tu dah la ada open haus lagi. Laksa Johor sebagai pemulih stamina gua. Kena pulak hujan lebat. Pehh! Berbaloi sungguh makan percuma.

Namun begitu, debat yang berlangsung di dalam kereta Zool bersama Lobak dan disokong pula usulnya itu pada hari Khamis lepas semasa hendak menonton filem hampas Max Payne oleh Jimi masih membara di dalam kotak minda gua hingga kini. Berdasarkan statistik terkini dan survey rambang yang dilakukan oleh gua sepanjang menjalankan aktiviti makan open haus, tidak seorang pun yang menyokong akan usul yang dikemukakan Lobak dan Jimi. Malah, mereka membangkang dan menyangkal sekeras-kerasnya usul itu. Gua terpaksa menanggung aib mereka kerana menanyakan soalan samdol tersebut. Serius gua cakap : Mana ada dia pernah berlakon iklan syampu tahun '92 dulu? Rambut dia tak tersenarai pun antara rambut yang unggul untuk jadi model ikan syampu. Agensi pengiklanan jenis apakah yang mempunyai idea seperti ini?

Gua pohon Lobak dan Jimi memohon maaf secara terbuka disini atas kekhilafan mereka dan kalau perlu juga kepada Rashid Sidek sekeluarga. Jangan cuba pesong pemikiran orang kiranya ada isu lain yang hendak ditimbulkan. Rakyat berhak mendapat kebenaran yang telus dan jelas. Kalau punya bukti, kemukakan segera untuk pertimbangan rakyat.

Subang Jaya pohon penjelasan, Yang diPertua.

Terima kasih.



p/s : Al-Fatihah buat Aida Azura (HYPE, KLIK & SINAR HARIAN) dia atas pemergian ayahandanya ke Rahmatullah semalam di dalam tidur. Bersabarlah dengan dugaan Tuhan.

Ulasan

hey...ini aku berkata…
walaupun aku tak paham entry kau ni, tapi aku baca jugaklah!kepala aku tengah blur tahap gaban, tapi aku bangga pasal aku berjaya buat komen kat sini walaupun pada mula aku hanya nak baca je blog kau ni..
faizalmukhtar berkata…
[hey lu!]

tak paham takpe, tak ramai orang pun paham sangat sosial commentary yang aku bagi kat sini.

pentagon itu hari pun gagal nak scramble kod yang gua hantar lalu blog ni. tq anyways!
Maya berkata…
rambut memang sensitive bagi org lelaki..:)
Arabian berkata…
aku telah postkan detail serta info match kita harituh di blog aku... silaa. sila....
faizalmukhtar berkata…
[maya]

ya. tambah lagi rambut macgyver gua ni. chaisss!
faizalmukhtar berkata…
[usepp]

lu memang tak paham bahasa ibunda! 100 kali gua ban lu dari blog gua, lu hadir jugak tanpa rela!!!

cis! apapun, tq. yuran perpindahan bila boleh dapat?