raya datang. raya pergi. raya ke mana.

Esok Isnin. Rasanya ramai yang dah start gerak dari kampung, rempuh jem berjela dekat highway, tidur kejap, bangun pagi, masuk ofis, layan kerja balik. Yang mana tak puasa beraya tu, boleh sambung balik beraya kat bandar. Kat sini selalunya every hujung minggu ada open house. Kadang-kadang tak payah tunggu hujung minggu pun, ada jugak jemputan open house. Banyak makanan dan orang-orang yang kita kena jumpa. Kadang-kadang tu pun sampai tak menang mulut nak makan dan bercerita. Cerita lama, cerita baru, cerita ulangan raya tahun lepas pun banyak jugak. Itu sebab raya sebulan selalunya orang negara ni tak pernah cukup. Sebab ada jugak yang lajak buat open house raya sampai nak raya haji.

Tapi aku nak balik dari mana nak ke mana? Nak pegi mana jumpa sapa? Raya ni macam repeat sitcom drama TV pulak bagi separuh orang. Lawak dengan sedih dia aje yang dah naik taraf sikit. Lagi mencabar nak digest. Apa dah jadi? Rasa macam repeat raya 2004.

p/s: 10juta kali raya, 10juta kali SMS, 10juta kali inform... takkan nak tanya lagi ni nombor sapa? PR kau tu buat keje ke tak? Ni yang rasa nak jadi Bruce Banner ni.

Ulasan