pesta pantun malam raya anjuran syarikat telekomunikasi nasional

Malam Raya. Semua sesak-sesak, merusuh nak masuk SMS. Ucapan raya bersepadu! Tapi aku lebih rasa macam Pesta Pantun Tahunan pulak. Macam-macam style pantun ada. Tiada komentar lanjutan di sini rasanya. Takpe, setahun sekali korang nak tunjuk skill pantun-memantun.

Senarai lengkap yang bagi SMS malam raya kat gua: Mazli Ibrahim, Basyirah, Husaif Hassan, Puteri Ellyza Maria, Abdul Razak, Ahmad Iznan, Fizlee Hafiz, Tengku Badariah, Fazli Zabidi, Wan Noor Hidayah, Saiful Remy, Nurul Hidayah, Mustadzim, NorAzri Azmi, Deelaila, Deesyawalin, Suria Apple Hijau, Yamashita, Azmideka, Shahiran Derus, NorHashima, Fara Fadzil, Noraini, Afiq Asrul, Juliana, Ashraf. Aku pun taktau ikut urutan ke tak. Main boh aje mana yang ada dalam hanset klasik 3210 aku ni. Aku yakin esok pasti ada lagi. Itu aku jamin!

Tu untuk malam raya ni aje. Belum masuk semalam malam dan yang sebelum tu lagi. Belum masuk yang direct call atau berjumpa tengah jalan atau e-mail atau wall-to-wall atau mesej atau poke aku dalam facebook. Terima kasih. Sekali lagi aku ingatkan, kalau ada time tolonglah bikin masa sikit hantar kad raya. Bantulah industri kad raya kita bersinar kembali dan agar dinding rumah aku dapat berhias semula.

p/s: AliKutik tetiba call gua tadi. Apa citer buat aduan rumah blackout kat gua malam-malam raya ni? Lu ingat gua LLN ke? Nak ajak lepak Mamak Bistro cakap aje la terus-terang, bukannya aku nak marah.

Ulasan

Deelaila berkata…
Terima kasih Encik FaizalMukhtar ;)
faizalmukhtar berkata…
[lyla-aspalela]

sama-sama. haha!