MEMPERSEMBAHKAN POPCORN.


Awal-awal lagi, Niezam sudah gegar gua supaya bangkit dari kemandoman hari Sabtu dan bergegas ke Wangsa Maju untuk memecah segala kebuntuan yang ada. Gua yang separuh mamai kerana tak cukup tidur memaksa diri untuk mandi kerana tidak mahu ketinggalan. Kalau Niezam punya undangan, jarang menghampakan kerana: A) Mesti budget nak ke event tu rendah dan tak banyak belanja tapi acara kaw-kaw B) Kalau tak event screening, mesti event komik, atau C) Mesti ada membabitkan amoi-amoi cun.

Dalam hampir sejam bersesatan, akhirnya berjumpa jua ke tempat yang hendak dituju. Nak harap Zedd, AliffStyle, Lobak, Nazri... kucar-kacir aje lu orang bagik direction. Namanya aje duduk area Wangsa Maju. Tapi entah mana entah gua tersasar. Nasib baik jumpa.

Nama event tu judulnya 100% Gempak Starz Exhibition tapi itu bukanlah highlight sebenar hari tu. Memang la nak raikan isu ke-100 COMIC KING dengan merayakan tahun ke-10 majalah GEMPAK. Target gua dah hadap ke satu aje. Setelah berkurun, muncul jugak artbook POPCORN yang gua tunggu-tunggu ni! CAYALAH!!!

Kat sini, ada jugak exhibition artwork yang best-best especially yang diambik exclusive dari POPCORN. Ni antara favourite gua lah. Versi Hanuman Kromosom paling cool pernah gua tengok!

Tahniah jugak untuk angkatan Manteraworks! Artwork dari Virus juga ada dipamer disini dan ada terkandung dalam POPCORN. WOOHOOO!!! TEPUK! TEPUK! Gua tumpang bangga untuk kalian.

Mamat pertama yang berjaya buat gua bukak mulut kat situ. Gua ingat semua orang kat sini cakap Kantonis, Mandarin atau Hokkien... nasib gua baik bila Ah Liow berani ajak gua borak. Banyak projek diam-diam ubi dia ni, lama tak dengar cerita.

Boss Botak menambahkan lagi kerancakan acara melepek-lepek tepi dinding sambil sembang-sembang lebat. Dia tanya gua buat apa. Gua rasa macam ada bagi jawapan berunsur tipu sunat sikit. Takkan nak cakap gua seniman jalanan secara full time atau penganggur kehormat kot?! Panik la dia menghadam jawapan gua nanti. Si Ah Liow dengan Niezam tu gua taktau sama ada diorang concentrate atau tidak... lantak!

Skill serampang tiga mata gua: Makan popcorn free sambil usha artwork sambil usha amoi cun belakang cermin. Cukup kacip gua menjalankan aktiviti berfaedah ini.

Ni dinding TAN ENG HUAT yang punya! Kalau awal sikit datang atau tak sesat tadi, sempat jugak dengar seminar/talk dia dengan Michael Chuah. Tapi, sekali lagi gua mencongak secara penaakulan mantik dalam hati... gua faham ke Bahasa Cina?

Gua teruja, stim, bangga, bernafsu dan syok melayan original artwork Tan Eng Huat dari jarak dekat mikroskopik kat sini. Dari komik JLA ke DOOM PATROL, semua ada. Yang ni original untuk komik BATMAN dengan SILVER SURFER untuk DC dan MARVEL. Dahsyat! Dahsyat gua cakap lu!

Sessi signing semestinya ramai orang. Tapi compare dengan crowd dekat San Diego, gua rasa ini masih di tahap runcitan sahaja. Takpe gua tunggu reda sikit. Ambik gambar-gambar lain dulu.

FACE OFF GUA DENGAN SUPERSTAR TAN ENG HUAT a.k.a KUTU.
Hati gua berdetik: ' Jual kat eBay pasti berharga satu hari nanti.'

Beruntung betul jadi TAN ENG HUAT. Walaupun mencabar, tapi aku kagum dengan semangat dan kegigihan dia. Artwork comic sampai DC dengan MARVEL. Bahasa tak jadi masalah sebab gua rasa work dia yang banyak bicara. Awek dia yang kat belakang tu pun cun-melecun! CHAISSS!!! GUA MESTI TANAM WAWASAN NI!


Datang la untuk sapa yang nak usha atau layan exhibition yang ada kat sini. Tempatnya kat Dasein Academy of Art, depan Restoran Cheng Ho Amy Search dengan ofisnya Mawi. 11 sampai 24 Oktober tak silap aku. Kelebihan berbahasa Cina memungkinkan anda mendapat nombor telefon amoi cun kat sini. LENGLOI MAAAA!!!! LENGLOOOIII!!!!!

Ulasan

gayour berkata…
MANTERAWORK?
cis! manterawork yang tak bedaftar tu patut dibubarkan! ia tiada hala tuju dan sumbangan pada industri terutama presidennya ( yang melantik dirinya sendiri sebagai presiden )!

harap ambil perhatian dan tindakan untuk membubarkan pertubuhan tak bedaftar ni segera ya! pengumuman kat pesta buku antarabangsa 2008 mengenai pertubuhan ni bukan main gah lagi. gua ada masa tu sebagai saksi dan mempersoalkannya. ini benar2 mengecewakan!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

ya. kami rebel yang bersatu. untuk membuat kejutan mana perlu, seperti menghala anasir seperti anda dari menular! nguahaha.

...dan anda adalah antara sasaran utama kami. awas seehhh!!!