LAPORAN HARI RAYA 2008 : BAHAGIAN PERTAMA

SATU HARI DI HARI RAYA...

Raya dah datang balik...

Buku baru bukak, buku lama simpan.

Baju lama ganti, baju baru pakai.

Baru rasa evergreen nak beraya. Baru ada semangat!

Sarung apa yang patut. Kita kena pergi tempat dan destinasi yang patut kita pergi time raya ni.

Masih ingat Spongebob Raya tahun lepas?

APA YANG PENTING? --- KERJASAMA! Nampaknya season ni dah benda lain pulak yang 'in'. Orang kampung sungguh peka dengan keadaan mainstream media kegemaran semasa.

AL-FATIHAH

Persinggahan sulung, satu-satunya atuk gua yang tinggal dan masih dalam sihat sejahtera.

Aku lupa pulak nak tanya berapa umur dia raya tahun ni, tapi dia nampak rock dan gagah lagi.

Tengah warm up membaham kuih raya dan air kaler-kaler.

OK, tuk. Chow dulu. Ada lagi 12,000 rumah lagi kami nak serbu.

Bapak gua cakap, gambar Kaabah ni rare. Dia cakap ni Mekah 200 tahun dulu. Agak-agak berapa harga semasa kat eBay kalau gua bid dan share profit dengan pakcik gua?

Kenapa dah takde program sarkis, program stunt-stunt malah cerita magic show pun dah kurang kat TV? Pak Long(belah bapak gua) cuba meluahkan isi hatinya yang terbeku. Dia ada juga menurunkan beberapa tips bermanfaat untuk skrip penceritaan yang menarik. Tak payah la buang masa main teori ACT 1-2-3 katanya! Rebel betul.

Eh?!! Gua macam kenal kereta biru ni kat depan rumah Pak Long ni!

Ya. Siapa yang pernah lalui dan harungi zaman hitam-putih-kelabu gua masih kat ITM dulu, sudah pasti kacip ingatannya dengan memori kereta Mazda Biru bertaraf dunia ini. Sekarang Pak Long gua yang handle, gua tak cukup haul lagi nak maintan sportcar ni. Oh! Ajaib sungguh zaman itu...

Zaman itu gua rasakan kebebasan pergerakannya juga umpama beruk-beruk kat rumah Mak Long gua tu jugak!

Masih ingat lagi rumah Mak Long gua yang hangus tahun lepas, yang masuk berita tu? Aaah!!! Tak ingat la tu... Ni ha, pose tahun lepas ni. Gua bagi refresh sikit memori tu.

Tahun ni aku terkejut. Mak Long senyap-senyap bikin banglo tanpa pengetahun sapa-sapa kat area tu jugak. Itu hari dia kata nak buat balik, aku bayangkan rumah papan jugak macam dulu. Untung Mak Long ada anak-anak engineer buat rumah.

Pak Long(belah mak gua) bercerita tentang mekanisme rumah baru, serangan beruk-beruk di kawasan berhampiran dan beberapa topik yang takde kaitan dengan raya. Biasa la, orang Jawa memang terkenal dengan universal knowledge-nya.

Dahsyat. Mak Long punya secret recipe: Ceker Kuah Kacang! (Ceker dalam bahasa Jawa bermaksud kaki ayam)

Sedara-mara hanya terpegun atau mungkin terkesima melihat keghairahan gua melantak juadah yang ada. (Maaf. Visual tidak kelihatan)

Acara wajib rumah Mak Long: Ceker Kuah Kacang + Sambal Sotong Jawa + Lontong. Tak menangis tak sah kalau dah start rasa.

Ni pulak rumah Mak Ucu. Adik-beradik gua panggil Mak Ucu dengan gelaran 'Adibah Nor'.

Lagi air kaler-kaler menjadi mangsa keadaan.

Ni kombo istimewa rumah Mak Ucu. Sekali lagi air mata bergelinangan.

Juadah tahap Legenda Mak Ucu: Ungkep Daging. Ungkep ni rasanya macam Satay. Cuma kick dia lagi handal dari Satay Samuri malah Sate Aneka. Takde lidi dan teknik marinate dia adalah rahsia turun-menurun.

Malam kat kampung. Stop rumah Mak Ngah.

Dah nama malam raya. Kat kampung pulak tu... apa lagi kan? kan? kan??

Adik sedara gua cakap campur-campur semua adalah dalam kiraan RM100 lebih... tak termasuk harga panjut dengan minyak gas.

Tapi perasaan main mercun kat kampung adalah melebih-lebih berharga dari semua price tag yang ada dalam planet ni.

Siang ke, malam ke... memang macam war zone! Buluh, paip besi, ape-ape je lah: semua sound effect cukup ngam. Semua infantri-infantri Meriam Buluh raya seluruh kampung bersiap-siaga 24 jam untuk tempur!

Bunga Api Merah untuk kanak-kanak yang mementingkan keselamatan dan suka dengan asap kepul-kepul. Agak popular.

Mercun Mancis untuk latihan grenade kecil-kecilan.

Mercun Bola untuk latihan kedap telinga dan menggemparkan perkampungan nyamuk sekitar rumah.

Mercun Naga untuk menyemarakkan lagi semangat anak-anak muda yang bermain api.

Bunga Api Dawai untuk yang gemar percikan yang lebih dan untuk ekperimentasi cantum-cantum bunga api. Favorite gua masa kecik dulu dan antara paling popular juga. Masih fresh dalam ingatan macamana gua bangga bakar tong sampah depan rumah dengan benda ni masa umur gua 5 tahun dulu. Jiran gua siap panggil bomba. Bandaran betul.

Ni penting ni. Kalau takde benda ni tak lengkap gerakan kita. Lighter Api ber-Lampu Picit Mini!

Mercun Papan atau Mercun Cina. Paling dibenci dan dikritik hebat oleh orang tua serta kaum veteran kat kampung gua. Hehe. Confirm takut kena sergah.

Bunga Api cap Happy Boom. Pun asyik juga untuk semua peringkat umur.

Demo mercun papan.

Demo bunga api dawai.

Kombo demo 3 jenis bunga api. Hebat.

Demo apa tah. Aku tak ingat...

Akan bersambung. Mauuuuwww!

Ulasan

MrRoy berkata…
Lawa gamba-gamba yang kau ambek jang.Gamba moghocun tu den suko. Tapi kau tunggu gamba den plak.
faizalmukhtar berkata…
[roy]

ahahah. lawa-lawa jugak jang, dado den bodobar gak ni kek di tangkap polis ko, imigresen ko... haghu nak ooiiii!!!

*betol ke minang aku ni. ah! blasah.
Deelaila berkata…
Tu la tuh...cantik siot gmbr2 raya abg faizal..;) mantap!!
faizalmukhtar berkata…
[lyla]

tqtqtq... wait for part 2 soon ya! huhuhuuu!
gayour berkata…
dari bukti2 yang ada, jelas lu MENGGANGGU dan MENGANCAM KESELAMATAN awam dengan senjata tempur yang digunakan. bukan saja merbahaya pada manusia tapi juga pada menatang beruk/monyet! angkara ni perlu dihentikan! patut sangat dikenakan ISA kat lu!

ayuh! tangkap saja budak pengangkap ni tanpa bicara!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

penganGkap tu apa?!

pengakap tau la aku... bwahahaha!!!