terima kasih semua. anda tahu siapa anda. memang ini sesuatu yang sangat segan, biarpun sebenarnya ada banyak jalan lain.

Sepertimana Kal-El yang terpaksa merindui Krypton dan menjadikan bumi sebagai kediaman abadinya di samping mengorbankan rindu dan cintanya,


Sepertimana Bruce Wayne
yang terpaksa menjadikan dirinya kebal dan kental menerjah rona-rona hidup demi mencari sebuah erti keadilaan sejagat tanpa cinta dan prejudis di tanah Gotham,


Sepertimana Peter Parke
r yang tidak pernah kenal erti perit jerih kehidupan walau dihambat dugaan penuh cabaran menentang kedurjanaan anti-cinta dalam bentuk binatang syaitan apa sekalipun,


Sepertimana Logan
yang disumpahi anugerah dan badi membelahi susur-susur masa yang tidak berpenghujung, berulang-ulang kali di'bunuh' dan di'bakar' semangatnya demi cinta,


Sepertimana Einst
ein yang gagah membelah atom dan gigih mencari arti teori kerelatifan cinta-alam walau hingga kini tiada sesiapa yang 100% memahaminya,


Sepertimana
Iskandar Zulkarnain
yang tidak mahu putus-putus menjadi hamba kepada kecewa dan kegagalan merempuh semua kerna perjuangan cinta agung - bukan penaklukan yang fana,


Sepertimana
Majnun
yang ampuh jatuh cinta pandang pertama hingga hilang warasnya mencari maksud gelora sebuah cinta pada si Laila hingga terbit puisi-puisi legenda,


dan



Seumpama aku, yang hampir-hampir sahaja putus asa dan ingin menjadi batu.

Seumpama kamu semua wahai sahabat-sahabat, yang datang mengubah aku semula menjadi bintang yang baru dan walafiat.



Terima kasih. Aku tidak menjadi tahanan hari ini.


p/s: Chaisss! Nampak sangat aku budak manja. Chaisss!!!

Ulasan