resdung datang tak kira waktu, walaupun esok nak raya.

Ada beberapa benda yang aku pantang dan tak berapa suka bila nak dekat-dekat time raya ni. Aku cuma list down TOP 5 :

1. Bila masuk shopping complex, parking memilih. Semua bebetul nak landing depan entrance. Berapa ramai yang ada pusing share dekat Carrefour tu sebenarnya?

2. Pejabat Pos punya kaunter mengalahkan nak beratur beli tiket tengok bola zaman Stadium Merdeka time aku sekolah dulu. Kang aku tak re-new lesen ni kang baru padan muka(aku).

3. Apsal harga tiket parking rasa lain macam aje? Kerajaan kena kawal harga siling tiket parking berlesen seluruh Malaysia.

4. Eh, diam lah. Orang nak Raya. Lepas Raya boleh bikin kecoh. Nak kecoh jugak, pegi jadi lanun la kat Somalia sana.

5. Banyak cakap pulak tukang gunting rambut ni. Jadi kesalahan ke potong rambut style Anuar Zain. Dia pun rockers apa...


Satu benda paling best raya tahun ni :


1. Lepak, borak dan plan untuk masterpiece lepas Raya dengan member bintang gua. Priceless.

Ulasan