ini adalah rayuan oleh saya yang sedang dalam kesusahan dan kecundang

Dalam masa 24 jam yang berikutnya ini, saya memerlukan perhatian sekalian pembaca dan pelayar laman blog ini dalam usaha membantu saya yang dalam kerumitan. Disebabkan saya kerja secara solo dan persendirian, kerapkali jua saya tidak ada mempunyai jumlah bayaran yang tetap serta setimpal bagi tempoh bulan tertentu. Malah saya terhimpit akhirnya dari sudut kewangan dan ekonomi. Invois dan penyata semua sudah dihantar, bayaran dan cek sahaja yang lewat saya terima. Sadis betul hidup ini.

Dua bulan ini misalannya --- sangat berisiko dan mendebarkan.


Makanya, saya pinta kepada sesiapa yang sudi memberikan saya pinjaman peribadi sejumlah RM289.93 (seperti jumlah diperlukan yang tertera didalam lampiran di bawah) supaya dapat membuatnya seikhlas ada. Kalau ada sikit, tak perlulah semua. Orang kata "sikit-sikit, lama-lama jadi setel". Kalau kita semua sepakat membantu saya, saya pasti inisiatif ini akan lebih mudah dan segera. Saya janji akan membayarnya semula sekiranya disertakan jumlah yang dipinjam serta nama si peminjam. Saya lakukan ini kerana:


a. Saya tidak mahu kehilangan nombor telefon bimbit saya
yang penting itu

b. Saya tidak mahu di bawa bersiar-siar oleh orang yang datang ke rumah saya hari Isnin lepas


c. Jualan tahunan kedaikomik saya baru mula, jadi belum cukup time - dah nak kena selesaikan benda alah ni pulak

dan,


c. Saya tidak mahu melanggar tarikh akhir yang diberikan oleh orang itu iaitu hari Jumaat, yakni 19 September 2008.



Transaksi pinjaman boleh di lakukan terus ke nombor akaun Maybank ini :
1 6 2 2 1 8 3 9 5 4 4 6



INGATAN:

Sila hubungi saya dahulu untuk saya ambil keterangan siapa, berapa dan bila transaksi itu dilakukan.Saya sungguh insaf kerana mengada-ngada bertukar ke nombor pasca-bayar. Kan dah menggelabah nak bayar hutang.

Segala risiko dan keadaan kucar-kacir akan ditanggung oleh saya sendiri. Korang jangan risau.

Ulasan

relax babe, tak boleh mintak extension ke?

aku nak tolong, tapi lepas jumaat baru payment aku clear sebab aku salah budget masa bank in cheque hari tu. aku lupa rabu selangor cuti. heh.
faizalmukhtar berkata…
[zeekster]

niat kau aje tu dah membantu sikit kot... ia mungkin menghalalkan cara. hehe.