PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI 2008 / 1429H

* Sudah mejadi acara wajib gua saban tahun.

Salam,

Maka sudah menjadi tradisi tatkala akhir Ramadhan menjelang Syawal dan menjadi sendi adab kita orang timur, Islam jualah tunjangnya untuk kita memberi kata ampun dan ucap maaf dalam bentuk perutusan ini adanya.

Jadi, macam biasalah. Dengar ni, nak kasik ucapan sikit.

Mula-mula aku nak mintak ampun dekat mak bapak aku kalau diorang terbaca blog aku ni. Harap sabar sikit, mama dengan babah akan rasa berbaloi nanti. Gerenti. Lagipun nak dekat dah. Rasa bersalah dekat orang tua gua, gua dengan Tuhan aje yang tau. Untuk adik-adik aku pun sama jugak. Abang Long sorry kalau Abang Long terpukul, terbalun, ter-terajang, terbuli dan macam-macam ‘ter’ lagi kat korang termasuklah terbasuh kucing kita si Blackout tu dalam mesih basuh atas dasar suka-suka. Sorry jugak sebab raya ini tahun prestasi duit raya kalian berkemungkinan agak merosot sedikit. Harap paham. Ekonomi negara agak merudum sikit walau dengar kata ada plan mesra rakyat. Mungkin Raya Haji kot korang dapat bonus Raya gua.

Buat kawan-kawan, sohabat-sohabat, kenalan dan taulan serta geng-geng kamcing mahupun yang kurang kacip. Sorry la, aku tau yang aku tak perfect. Mana ada yang aku terkencing, tertipu, teraniaya, terkanthoi atau mana-mana janji manis yang aku tak cover, harap paham jugak la situasi semasa. Kita merancang, Tuhan menentukan. Maknanya ni, mungkin Tuhan tak redha lagi kot. Nanti esok-esok aku janji akan bikin yang terbest untuk lu orang.

Konco-konco dan kroni-kroni kat Subang Jaya, ITM Shah Alam terutamanya batch MassComm 1998-2003, Karangkraf terutamanya batch komik, KLP terutamanya batch rebel Manteraworks, WarisanOnline@Curve, KL Motion, Seers, Komikoo, ArtSquare. Termasuklah sesapa aje yang wujud dan dah approve aku kat YM, Friendster, Facebook, MySpace, Multiply dan mana-mana rangkaian komuniti sosial online. Semua bloggers, seniman-seniman jalanan, pembikin-pembikin filem independen, para kritikius-kritikus, peminat-peminat, pembenci-pembenci, pelawat dari masa depan termasuklah anak-anak dan bini aku yang muncul dalam mimpi dan di bawah sedar(subconscious). Nanti-nanti aku ada surprise bestnye untuk semua lepas raya nanti.

Kepada pelanggan KEDAIKOMIK dan pembaca serta penggemar komik, ampun kalau ada order tak sampai atau tak dpat dipenuhi. Mungkin ada masalah dengan shipment atau dia tak re-print balik komik tu. Banyak lagi stock yang ada, tukar aje la. Aku bagi free je sempena Raya ni. Nasib lu orang la gua tengah hati baik. Dan kalau ada komik-komik tu yang tak dalam mint-condition atau terkelepet sikit atau ada yang tak ngam keadaannya, ampun jugak. Walaupun bukan salah aku, tapi aku mintak maaf bagi pihak kargo dan pihak pengurusan Marvel dan DC kat New York dengan kilang printing dia kat Canada sekali tu.

Untuk awek-awek dan gadis-gadis dimana jua berada, tidak kira yang ada di dalam negara atau yang melata di serata antero pelusuk bumi ini. Chicks-chicks tol Damansara, Batu Tiga dan Puchong yang gua dok usik tu, chicks-chicks kat bazaar Ramadhan sekitar Penchala, Taman Tun, Subang dan baru kejap tadi kat Stadium Shah Alam, ku pohon kemaafan jua. Aku bukannya sengaja untuk tersenyum mahupun memandang akan keayuan kalian namun sudah menjadi lumrah sebagai lelaki untuk mengurat sesederhana mungkin disepanjang bulan puasa ini. Yang tak sempat pandang atau terlepas pandang pun, maaf jugak. Janji next year mungkin ada peluang. Itupun kalau aku masih solo lagi. Tak lupa juga buat ex-ex-awek aku… abang mintak maaf, mungkin kita hanya serasi sebagai sahabat sejati sahaja nampaknya. Tu la, sapa suruh korang garang sangat. Hati abang ni lembut tapi korang dah cabar-cabar abang, terpaksa abang jadi tegas dan berpendirian teguh. Nevermind. Mungkin jodoh kita dengan orang lain agaknya. Untuk bakal awek aku yang sampai ke sudah tak dapat-dapat, kau layan ajelah balak kau tu. Nanti kalau kau dah clash lagi atau kau dah abis boring buat kali penghabisan, kau datang ajelah u-turn kat aku. Aku gerenti ambik kau buat awek aku yang real punya. Tapi janji la ,kau jangan la pegi balik kat balak kau tu. Buang karan aje. Umur kita makin lama makin lanjut. Oh, lupa. Kepada awek DJ tu, aku tau kau nak tunang dengan mamat tu dan aku maafkan kau sebab tak pilih aku. Mungkin sebab aku tak hensem atau sekaya dia. Takpe, aku relakan. At least, boleh aku tutup buku pasal kau yang aku rasakan sampai kiamat pun takkan habis kalau aku dok layan manjang. Mungkin 'Jodoh Kita Tiada', bak kata lagu Ziana Zain faveret kau tu. Raya nanti open house jangan lupa ajak aku. Aku nak interview bakal tunang kau tu. Apahal dulu masa kat ITM sibuk tak ayat? Saje je bikin hati aku yang berkaca ni berombak-ombak suspen tak sudah. Chaisss! Apa la aku nak cakap kat kawan-kawan futsal aku nanti ni?! Aku sudah beri mereka harapan.


Minta ampun jugak kat anak yatim tahun lepas. Magic abang tak jadi lagi tahun ni kalau korang nak tengok ulangan. Kurang praktis.


Buat polis atau JPJ atau PUSPAKOM atau sesapa saje yang jadi pegawai OPS SIKAP 15, tolong jangan tahan kereta gua atau saman gua atau humban gua dalam penjara. Bukan gua taknak renew lesen atau renew road tax, tapi cuma penjimatan wang gua belum cukup setimpal untuk bayar benda-benda tu. Gua janji, ada duit nanti, gua akan setelkam macamana gua setelkan hutang bil telefon gua tempoh hari. Itu janji marhaen gua paling ikhlas dan jujur sekali. Please, ok?

Sudah tentulah, aku akan ambik kesempatan ini jugak untuk mintak maaf dekat diri aku sendiri. Aku minta maaf sebab kurang rajin dan makin malas bila dikenakan ujian berbentuk gerak gempur dalam beberapa bulan lepas. Baru kena test sikit, dah panik. Apa daaa... belum masuk askar lagi. Kucar kacir lebih. Kata nak pergi Hollywood nak bubuh nama kat boulevard Walk of Fame lah, nak menang Hadiah Nobel lah, nak jadi share partner Bill Gates lah. Inilah akibat tak masuk Khidmat Negara lepas form 5 dulu. Takpun selalu ponteng Kesatria kat ITM. Aku mintak maaf jugak kat diri sendiri sebab lembap sangat dalam beberapa hal yang aku anggap dah kira boleh settle awal. Disebabkan aku ni kadang-kadang dikategorikan sebagai Bumiputera yang suka ambik sikap acuh tak acuh, suka berlengah dan selalu aje anggap semua benda macam remeh temeh, makanya banyak juga peluang dan rezeki sudah miss. Chaiiit! Samdol. Aku harap diri sendiri akan maafkan diri aku sendiri atas kebangangan yang berlaku. Akan ku carik jugak Super Serum saduran itu secepat mungkin. Dulu dah jumpa. Akibat salah letak, entah mana entah hilang. Satu lagi salah aku pada diri sendiri. Sorry, sorry, sorry. Next time. Biasalah. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak diri sendiri. Betul ke peribahasa tu? Macam bangsat aje bunyik tak kena.

( Dah, sapa lagi yang tertinggal? Kalau ada yang miss… tulis nama dan nombor telefon bimbit kalian kat ruang komen bawah ni. Nanti gua contact lu orang direct. NO DUIT RAYA APPLIED. )

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk tahun ni. Teruskan main mercun secara sorok-sorok dan jangan sesekali diberkas pihak berkuasa. Ingat, kecekapan anda bermain akan menyemarakkan lagi suasana raya di kampung, malah dimana jua. Apa barang raya takde sound mercun Thunderclap time raya… leceh betul! Bagi yang dah tak reti nak hantar kad raya, tolonglah. Prestasi saban tahun makin merosot. Tahun lepas ada la dapat 2-3 keping. Tahun ni satu je, itupun Doktor Nasir Klinik Rosli SS19 tu yang kasik. Hadap sangat dengan SMS, E-Mel, Facebook dengan apa tah lagi menatang ntah. Hantar la kad, baru Melayu.


MAAF, AMPUN, SORRY.

YANG TERZAHIR DAN KEBATINAN JUA.


RECAP PERUTUSAN UCAPAN HARI RAYA SAYA TAHUN YANG LEPAS-LEPAS :

2007 : http://faizalmukhtar.blogspot.com/2007/10/perutusan-hari-raya-aidilfitri.html

2006 : http://faizalmukhtar.blogspot.com/2006/10/salam-aidilfitri-buat-semua.html

2005 : http://faizalmukhtar.blogspot.com/2005/11/perutusan-hari-raya-aidilfitri-dari.html

2004 : http://faizalmukhtar.blogspot.com/2004/11/blog-post_15.html


Ulasan

Saudagar Mimpi ... berkata…
Raya lambat lagik tapi aku dah start girang bercuti mcm budak sekolah.

Selamat Hari Raya Bro.
Moga Raya kali ni saudara tak perlu hulur duit raya banyak2..hehheheheh....
faizalmukhtar berkata…
[saudagar mimpi]

selamat raya dan maaf juga.

tahun ni, aku nak budak bagi aku duit raya? amacam..??
mamat khalid berkata…
itu meriam ka scud? dah advance dah ni...
faizalmukhtar berkata…
[mamat khalid]

heh. aku pun tatau. yang aku tau, aku nak franchise kan benda ni bila dapat modal lepas raya nanti... berkobar dah ni bang!
gayour berkata…
salam aidil fitri. maaf zahir dan batin atas salah dan silap.

cis! berani lu begambo dengan meriam buatan anak jawa tu ya! tak apa, memang meriam tu digunakan untuk amik gambo. heh!

lagi satu... makqan tu jangan tak ingat dunia!

moga selamat dan bebahagia di aidil fitri.
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

ya,tuan.

...banyak pulak pesanan penaja Kapten Holiday ni. Macam dalam citer Sarjan Hassan.