KEDAI KOMIK ANNUAL SALE !

Wahai pembaca budiman dan pelayar-pelayar laman blog semua,

Bosan, mandom, kecewa, frust, hampa, letih, penat, lelah, resdung dan sakit jiwa mencari komik-komik internasional menarik dengan harga diskaun pilihan berkadaran dengan nilai kantung poket semasa? Bagaimana pula dengan tawaran istimewa yang confirm tidak ada lagi dimana-mana kedai komik online serata Malaysia?

Sekarang, anda berpeluang untuk mendapatkan komik-komik yang best dengan perasaan yang berbunga-bunga yakni puas hati hanya dengan membaca terus entri yang tulus ikhlas ini!

JUALAN TAHUNAN KEDAI KOMIK yang KE-1 kini sedang berlangsung dengan diskaun penjimatan hingga ke tahap 50%

GILER MURAH LA TU. SERIYUS CAKAP, MANA ADA OFFER MACAM NI DAH ZAMAN SEKARANG NI.

Ya. Sesungguhnya, ini bukanlah tipu muslihat mahupun ilusi optik. Inilah julung-julung kali ianya diadakan bersempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba. Anda akan perolehi senaraian koleksi komik-komik internasional dengan mudah tanpa prejudis dan perasaan kucar-kacir lagi. Pendek kata, lagi bermanfaat dari beli mercun atau lebih berbaloi dari membazir duit bikin meriam buluh buatan sendiri. Polis pun tak tangkap masuk ISA kalau kantoi.

Kedai Komik Online Berbahasa Kebangsaan pertama di Malaysia - 100% JAMINAN KEPUASAN untuk penggemar komik seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura serta mana-mana kontinen yang boleh berurusan dengan Ringgit Malaysia.
Rebutlah peluang dan orderlah dengan penuh gaya dan keyakinan hari ini juga. Tak caya tanyalah Roy, Shazrol, Nanzo, Nik, Niezam, Apai, Zool, Zedda, Lobak, Azhar, Jimi, Jeremy Pinto dan ramai lagi yang sudah pun menjadi pelanggan tetap KEDAIKOMIK dan menikmati asyiknya tawaran yang diberikan!


PROMOSI BERMULA DARI 15 SEPTEMBER HINGGA 15 OKTOBER 2008


* SENARAI KOMIK AKAN DIKEMASKINI 20 JUDUL TIAP-TIAP HARI HINGGA AKHIR PROMOSI -

Ulasan