ilham sahur tadi

Ni kira last week round la untuk kita puasa. Jadi, aku cuba dalam diam tak diam mengendap, mengintai dan mencilok malam ke 21, 23, 25, 27 dan 29. Dan aku yang memang secara mendatar harfiah dan leksikalnya berasa benar sangat untuk bertemu malam yang lebih baik dari seribu malam tu.

Apa yang aku nak mintak:

1. Dapat duit raya sebelum raya dalam akaun bank. Aku rasa bersalah pulak dengan mak ayah aku.
2. Dapat kekuatan extra-super yang boleh rehat dan tidur sekejap je. 24 jam macam tak cukup bulan puasa ni.
3. Dapat habiskan keje dengan speed Flash. Dapat cincin Green Lantern pun ok gak.
4. Dapat time machine. Aku nak mintak maaf kat bini aku in the future sebab tak ngurat dia cepat dan tak berjaya kuruskan badan.
5. Nak dapat *RAHSIA* ...yeahuuu!


Agaknya Tuhan nak izinkan tak dengan keadaan aku yang kucar-kacir ni?

Ulasan