bila stor bilik semak, ada makhluk nama karun disitu!

Antara benda yang paling best masa bulan puasa ni yang juga telah menjadi rutin tahunan aku setiap kali nak buka atau lepas sahur ialah membaca dan menelaah komik-komik lama aku. Ya, aku baca Quran jugak time puasa ni, jangan tuduh-tuduh sembarangan kata aku tak respek puasa pulak.

Ini telah menjadi kebiasaan sejak aku tau menghargai komik masa mula-mula sebelum masuk jawi dulu. Ketagihan ni makin menjadi masa bulan puasa sebab selain ketagihan aku untuk makan, ianya telah digantikan dengan membaca komik-komik lama. Maksud aku stok lama yang tak dibaca lagi. Kenyang jugak batin gua sikit-sikit. Kadang tu terjumpa jugak komik lama yang aku pun sendiri lupa aku beli dan belum dibaca langsung. Ajaib sungguh!


Tapi, dalam syok-syok tu, ada jugak benda yang tak berapa nak syok...

Bila komik itu tidak disengaja-abaikan dan terjadi kelepet-kelepet cinta macam gini. Chaiss! Tension betul aku bila komik terkelepet. Pantang! Menang pantang larang gua betul. Tapi nak buat camne. Salah gua jugak.

Nasib baik ada salah sendiri. Kalau salah orang, gua dah pakuk dah rahang diorang.

Ulasan

gayour berkata…
gua lebih suka kalo komik-komik lama gua yang menimbun tu tekelepet, kena makan anai-anai, cover tecabut, melekat kena air, koyak sket sana sini terutama komik2 superman. harharhar!

apa sangat la nak dijaga lebih2.
sama cam kitab, lagi renyuh keadaannya menunjukkan kekerapan kita mengguna/menatapnya.
komik dijaga baik-baik tapi kitab atau buku ilmiah dibiarkan merata! tak simpan dalam plastikpun.

ini bukan menuduh orang lain tapi... harharhar!

selamat meneruskan ibadah puasa.
"(Ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar."
Surah Ali Imran 146
Maya berkata…
uishh..banyaknyer..bila masa baca semua tu..bestt arr..

eh tatau lak ade orang boleh stress sebab terkelepet..takut arr nak pinjam buku camni..hehe
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

Lu tak faham konsep collector,gayo! Lu lebih kepada Devastator!! Lu memang berhati Decepticon! Macam lagu SYJ yang lu dengar hari-hari tu jugak!

Chaissss... durjana kau yang punya angkara!
faizalmukhtar berkata…
[maya]

baca bila time baca la...haha!

aku tak stress cuma rasa distress bila komik aku tak dalam mint condition, mana ada harga bila nak jual balik kat e-Bay nanti?

ada pahamm??? ;D
Maya berkata…
oo e-bay juga ka..lain kali kasik bungkus sama itu plastic la..:D
faizalmukhtar berkata…
[maya]

yang bungkus dalam plastic dah ada la gambonye dalam e-bay dengan kedai komik. dekat sini strictly for pleasure purposes only.

bisnes tempat lain. amacam? nak order ka?