( mungkin petikan biografi gua nanti. part ni ada nangis-nangis punya, aku gerenti )

Untuk pengetahuan umum, aku dibesarkan dalam suasana ledakan perang dingin, eksperimentasi sosial masyarakat pra-milineum dan kebejatan media massa era Ronald Reagan. Makanya, usia kanak-kanak dan remaja aku antara pengaruh besarnya adalah televisyen. Televisyen adalah candu harian aku selain buli adik, baca komik, main bola petang-petang, dengar muzik rock, ayat awek cun masa tiusyen dan lain-lain lagi. Tapi yang paling ketagihan tetap televisyen.

Dua dekad nan lalu iaitu 80an dan 90an (zaman sebelum MegaTV dan Astro bikin orang tak hormat Televisyen sekarang. Tu belum aku bukak cerita pasal Torrent dengan YouTube lagi), banyak program televisyen yang best-best dan ngam. Semuanya syok buat aku melekat depan TV tiap-tiap hari. Jadi best zaman tu sebab orang lagi appreciate program TV sebab kalau miss sekali, esok kat sekolah confirm kena singkir kengkawan sebab miss cerita Airwolf, Knight Rider, Streethawk atau The A-Team malam tadi. Kau akan dilabel anti-mainstream atau ketinggalan zaman. Aku tau macamana rasanya sebab aku pernah miss satu-dua episod. Rasanya macam longkang.

Namun, tidak dapat tidak - aku membuat pengakuan jujur bahawasanya disini pada tahun 80an, aku cukup obses dengan cerita Macgyver. Macgyver adalah idola aku sehinggalah ke hari ini. Macgyver adalah abang aku. Macgyver adalah semangat aku. Macgyver adalah world aku pada zaman sekolah rendahan aku. Abis semua skill aku ulang tayang balik kat member-member sekolah. Dah jadi tanggungjawab aku menjadi penghibur buat mereka yang tak puas hati atau was-was dengan kedahsyatan Macgyver si Penyelamat Hari Durja. Kena pulak masalah yang ada tiap minggu tu, semua dia boleh settlekan dengan kacang putihnya. Cuma tu, kadang-kadang agak tercabar sikit bila Murdoch muncul. Semua skill Macgyver, Murdoch dapat pangkah. Ceh! Trouble betul. Itulah jiwa Macgyver aku yang masih malar segar sehingga ke alam belia-dewasa ni. Macgyver adalah hero paling rock sekali dalam dunia penerbitan Televisyen moden. Aku khatam 7 musim Macgyver dengan gahnya yang tamat pada sekitar tahun 1992, ngam-ngam time aku nak pulun UPSR. Ending yang cukup sempurna, cukup sentimental dan sudah tentunya cukup rock!



Sikit punya klasik ke babak ni. Meruntun jiwa dan hampir-hampir mengalirkan air mata marhaenis sebentar tadi... syahdu beb, gua cakap lu!

Masuk tahun 90an, aku dah masuk sekolah menengah. Makanya selera tontonan aku jadi bertambah sofistikated walaupun orang dah sibuk start gebang-gebang dengan kedatangan MegaTV. Ah! MegaTV. Tak kemana pun MegaTV, bentak hati aku yang memang agak marah-marah bercampur frust sikit sebab bapak aku memang tak kasik pasang sebab takut aku yang hantu TV ni tak belajar langsung sebab sibuk layan TV. Namun, masuk form 2 macam gitu dunia tontonan Televisyen menjadi satu sejarah meriah yang aku rasa setanding dengan zaman Macgyver.

Pada tahun 1994, aku diperkenalkan oleh Agen Fox Mulder dan Agent Dana Scully. Halamak! Sikit punya ngam ke cerita X-Files ni... semua formula yang bikin aku betul punya follow program ni semua ada: FBI, UFO, sains penyiasatan, mistikus, konspirasi, cara berpakaian smart, handphone Nokia, macam-macam lagi lah. Bila sampai sekolah, taktik yang sama aku hidangkan kat member-member sekelas. Semua kagum dengan post mortem dan diagnosis aku selaku obsesor X-files. Orang jahat dalam cerita ni pun semuanya jenis yang takmo atau liat nak kalah. Apa gile kau?! Macamana nak lawan kerajaan? Tambah lagi kerajaan tu kerajaan campuran dengan kerajaan makhluk asing! Sofistikatednya otak aku time remaja-remaja dulu dah teruji dengan cerita X-Files ni. Aku jadi gila baca buku. Kononnya nak jadi Fox Mulder. Aku otomatis jadi curios tentang semua benda. Aku join jadi perpustakawan. Abis buku kat pusat sumber aku selongkar, mana yang ngam atau baru sikit tu... aku sapu bawak balik. Ada orang kata curik ilmu itu takpe. Time tu aku naif, aku cuba halalkan cara dan niat. Akulah Fox Mulder di sekolah. Aku dah pandai pakai smart, rambut sikat, imej rock dah mula pudar walaupun muzik rock aku tetap tak tinggal.

Rambut sisir rapi, baju sekolah gosok angle kemas, jam tangan digital, kajian mendalam depan kaunter library. Kecundang rock gua... kira abis Mulder dah bagi aku time ni.


Semalam aku tengok filem X-Files yang baru tu setelah 8 tahun kehilangan candu. Satu ekspektasi yang tinggi dan meluap-luap. 10 tahun, 9 musim dan 1 filem berikutnya: Chris Carter bikin comeback dengan dua agen kesayangan gua, lebih-lebih lagi Agen Fox Mulder.


Apa yang aku dapat ? :


Comeback yang paling menjahanamkan tahun ini, merosakkan jiwa raga dan mempunahkan segala harapan malah berkecai segala mimpi-mimpi basah zaman kegemilangan yang lepas-lepas itu.

Apa citer?!! Plotting flat nak mampos! Celaka, tak stim langsung. Legasi punya cantik tak reti nak jaga ke??! Bazir masa gua tengok midnight... Chaiiiss!!!

Ulasan

pengeran cinta berkata…
kuang!kuang! klaka aku baca fasal 'awek dJ tuh!'. beb, dia dah banyak berubah, cukup berubah...
faizalmukhtar berkata…
[che' ah]

ni lu kutuk gua ke... cabar gua nihh?!?! CHaisss!!! Apa pun, best la kau dah kahwin.
tu gambar masa zaman awie and erra fazira kita dulu ke?
aku ada banyak lagi where that came from. muahahahahaha.

(maybe i should scan em' and post it on mine)


hahahahah
faizalmukhtar berkata…
[zeekster]

correction 1 :
zaman awie dan erra fazira'S'... there's only one awie, fazira is plural.

correction 2 :
aku rasa ini time, aku dah hantar kau pindah Assunta, jadi agen perisik gua.

correction 3 :
on my mark - scan 'em and post it, on a fresh, new blog! kita bikin site baru yang berjudul 'gambargambarlamakatsekolahuntukdihinabersama.blogspot.com'
gayour berkata…
sama ada di depan komputer atau sedang belagak menulis ( study la kononnye ) lu memang bijak belagak serius bila begambar!

once again... CRAP!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

nemesis at work.