itu hari aku rasa ada kutu lagi...

Ada satu time tu... aku, Zulfadhli Kamarudin dengan Nor Azri Azmi ada lepak jalan-jalan sambil cari-cari ilham seniman hujung minggu dekat satu shopping complex kat Bandar Utama. Diorang nak tengok Batman. Aku dah tengok tapi sebab aku nak tengok dua kali pastu Zulfadhli nak belanja aku, aku pegi la jugak. Walhal aku tau, diorang sebenarnya ada agenda tersembunyi yang tak payah la nak sembunyi-sembunyi sebab aku dah tahu dah. Dan sementara menunggu wayang start, kitorang pegi makan kat kedai makan Pakcik Kenny Rogers. Yang ni Zulfadhli tak belanja. Aku bayar sendiri sebab Nor Azri yang rekomenkan sebab dia teringin nak makan kacang panggang merah. Lantaklah, tekak aku tak kisah punya. Lagipun, time ginilah nak rasa makanan orang yang 'ada-ada' sikit. Aku cuma mau makan borak-borak sambil tengok lintas-langsung yang berlaku. Hujung minggu punya lintas langsung memang paling top.

Nak dijadikan cerita, aku ada bentangkan satu kes kat Zulfadhli dan Nor Azri pasal satu hal ni. Aku bersungguh-sungguh membentangkan kertas kerja kes itu sehinggakan diorang pun rasa kes itu ada membabitkan diorang. Kesnya begini :

" Kenapa setiap kali kalau kita pegi kedai yang ada standard sikit, contohnya kedai baju atau kedai makan berlandaskan sistem kapitalisma barat dan kita cuba-cuba berkomunikasi dengan tukang layan kedai tu dalam Bahasa Inggeris, dia mesti cakap balik dalam Bahasa Melayu? Walhal, aku dengan Zulfadhli dengan Nor Azri OK je boleh cakap orang putih. Ni pun jadi jugak kat member-member gua yang lain. Adakah kami kelihatan terlalu berahak dan kutu sekali sehinggakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu itu dikasta-kastakan sedemikian rupa? Apa salahnya layanan diberikan sama-rata kalau dah memang standard kedai tu dah kena speaking, kalau yang tukang layan tu pun berabuk jugak Bahasa Melayunya? Apa seniman semacam kami ini tidak mampukan berBahasa Inggeris dengan baik? Itu mentaliti zaman bila haa...? Pastu siap pasang muka selenga kononnya menandakan malam ni nanti kedai dia dah di target sebagai tapak kejadian pecah dan rompak. Ceh! Pastu boleh pulak rekomen benda yang caplang-caplang, yang kita sendiri pun tau benda tu tak top atau solid langsung. Lahabau betul! "

Borak punya borak, sembang punya sembang... lupa sama sekali yang dah masuk minit ke-10, order makanan kitorang tak di ambik lagi. Aku panggil mamat yang lagaknya macam supervisor kat kaunter kedai makan Pakcik Kenny Rogers tu. Aku ambik order, Nor Azri ambik order, Zulfadhli terhegeh-hegeh pulak taktau nak order apa. Dia mintak rekomen mamat supervisor tu. Mamat supervsior tu cakap sambil tunjuk-tunjuk gambar spaghetti dalam menu tu seraya berkata, " ...abang ambik ni bang, ni pedas sikit, abang mesti suka.Saya tau abang suka makanan pedas punyaaa!! "

Aku rasa ada yang tak kena lagi hari tu.

Zulfadhli hanya mengangguk pasrah.

Nor Azri hanya suka makan kacang panggang merah dan melihat lintas-langsung di hujung minggu.

p/s: oh. sebelum aku lupa, tahniah untuk Zulfadhli dengan Zed Faris. Buku WHO IS CHARLIE KEEPER diorang dah keluar kat market dunia. aku macam biasa, tumpang bangga. Buku apa tu, kau tanya aku balik??! Pegi la lu usha Amazon ke, Wiki ke.... tu pun nak tanya gua jugak!

Ulasan

Maya berkata…
cakap je bahasa melayu..itukan bahasa kebangsaan kita..unless u shop oversea la..and unless they insist in english..and kenny rogers kat situ memang lembab and waiter selalu nmpk stress..mb sbb overdose MSG..hehe
faizalmukhtar berkata…
[maya]

...kadang2 aku rasa nak cakap je lorat jawa sanskrit yang nenek aku ajar dulu! amit-amit dammit!!!
zedd handal berkata…
" ya, cakap je bahasa melayu, persetankan bahasa mat salleh tu, ah ye, ejaan btol aku FARIZ! ...hesh, malu aku tgk gambar kau dgn patung terbang dkt plaza alam sentral tu "
faizalmukhtar berkata…
[zedda]

ah! aku tetap nak perjuang bahasa jawa peranakan inggeris gua sebagai bahasa penyampaian di kedai komik.

p/s: gambar gua dengan mambang hijo tu, Lobak yang paksa gua posing!