Hari-hari terakhir seorang biduanIS komik. (SEBUAH PERJALANAN MENJADI SENIMAN RAKYAT)

.... ataupun Cara-cara kita 'tapau' KLP dengan penuh istiqomah dan sifat keredhaan pada ketentuan-Nya. Here we go.

* Ayuh kita flashback lima bulan nan lampau...


" APAAA??!! TAPAAAUUU??? "

" YOOSSHHH... TAPAAUUU! "

NorAzri, Jeremy Al-Pinto, Rina Karina dan Tenacious Lili. Nampaknya 'calm before the storm'. Tanda damai di jejari Al-Pinto itu ada ciri bukti.

Sufi NurLiyana betul-betul tapau untuk makan tengahari. Salah faham nampaknya budak ni.

Peminat Kamal Masrun yang kebetulan satu opis tidak ketinggalan untuk merakamkan detik bersejarah dan berdarah ini. Darah tak boleh tunjuk. Dahsyat ooo...

Kamal Masrun:
" Apa la awak ni, Faizal... sikit-sikit nak foto gambar saya yang jelita ni. Buat segan aje tau. Tee hee heee... "

Mengemaskini meja kerja Faris Zedda adalah sangat sentimental sekali. Bukak tapak display figure aje makan 2jam setengah.

" Ah. Pegi Fitness First lagi best. Eh. Yuran aku bulan lepas dah bayar ke belum???, " kata Khairul Ammar Jamal kepura-puraan.

Pulang, marilah pulang beramai-ramai... ~

Bilik Gerakan yang terpaksa ditutup dan dibubarkan atas desakan Kerajaan KLP.

... ya, BILIK GERAKAN.

Maka bermulalah sessi bungkus-membungkus giliran gua. Eh, macamana selipar mancing Amran Ngah sebelah kiri tu boleh ada bawah meja gua. Magisnye, magisnye!

Masa ni dalam kepala berfirasat nak cilok PC... ( Shot Camera angle CCTV )

Tapi pikir-pikir balik, beg sampah biru gua tak cukup plak. Lagipun camne nak cilok, kalau bos dah cilok CPU gua dulu, tinggal monitor aje ha. Chaisss!!! Magis gampang. (rujuk selang 2 gambar sebelum diatas)

Ni buah hapa ntah Kak Nurul kasik awal tahun lepas masa gi Penang. Aku tak makan buah ni, jadi aku simpan aje la tanda menghargai pemberian orang. Sekarang ni dah jadi kurma era-dinosar lama. Tunggu masa menetas. Satu lagi magis.

Ni shopping ke apa ni, ZulFadhli Kamaruddin? Latar belakang: sessi umpatan sedang galak berlangsung. Cinabeng tak ajak gua!!!

Kesian. Harap ada yang bela kebajikan dan nasib mereka pasca kejadian ini. Oh. Lupa, dah terbela pun. Korang bila nak belanja aku makan kedai Siam kat Summit lagi ni?

Kegagalan menerjah memakan diri. Zulfadhli sekali lagi mencuri tumpuan. Tak magis langsung.

Dzulfeqar: " Aku dengar bangunan sebelah ni nak pakai despatch. Amacam, ada berani?! "
Fariz Zedda: " Tengkorak kome! "
NorAzri Azmi: " Laa.. laaa. laaa.. "

Adi Imran: " Yeaa.. yeaaa.. cuti panjang! Yeaa... yeaa... boleh kawin! Yeaa.. yeaaa "

Ternyata lawak persendirian. Malas ambik pot.

Juga bersifat peribadi. Siap kau, aku kasitau Janice!

Hidup berjambang bukanlah mudah, senantiasa dilanda onak dan duka duri-durian.

Perbincangan ke mana selepas ini. Khairul Ammar Jamal nak masuk TV lagi. Jangan lupa tengok REMAJA hari Sabtu ni kata dia, 16 Ogos kat TV3. Adi Salman dan Akmal Aziz Asmawi pun ada. Kamal Masrun nak duduk kat Australia tapi hujung minggu nak balik Perak. Boleh ke itu macam?

Tapau-an selesai. Nah! Teknik cakaran Wolverine di cerminan itu menandakan aku berat hati jugak nak blah. Hish. Dugaan Tuhan betul.

OK. Selamat bersurai semua untuk semester kali ni.
Jumpa lagi lain kali kat opis baru :
THE MANTERAWORKS



...

MEANWHILE ---

5 BULAN KEMUDIAN.



Keadaan terkini gua selepas memutuskan diri menjadi seniman jalanan. Amacam. Solid tak gua?
Ini baru real punya MAGIS!


p.s:
PENGERTIAN ISTIQAMAH
--- Istiqomah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Ulasan

gayour berkata…
pengertian istiqamah setakat ni merupakan entri terbaik yang tidak mengarut, fantasi, khayalan dan karut marut!
syabas!

Adi Jagat adalah seniman jalanan sebenar. mana album beliau yang ku tagih darimu? MANAAAAAA?
faizalmukhtar berkata…
hehe. kau akhirnya tunduk pada fahaman aku! bagus. bagus.

Seniman AdiJagat jikalau kau mahu karya rare-nya itu, ketagihan mu harus lebih tegar lagi!
Huahahha!