Filem kita rasanya dah masuk 'act 2' ni ...

Bila abang mat bikin Kala Malam itu hari, aku dok pikir-pikir. Dia ni memang gila betul ni. Bukan aku pikir soal gila sapa nak tengok atau soal gila wayang hitam putih atau gila apa mesej dia nak tembak kat audien atau gila berapa banyak babak kat hujung tu kau nak main... tapi aku pikir betapa gilanya dan ambitiousnya abang mat ni memperjuangkan 'kedegilan' seorang film-maker. Aku ulangi film-maker, bukan bisnesman atau poser wayang.

Malam tadi dia di angkat ke langit kaw-kaw punya.

Member-member aku yang aku paksa tengok Kala Malam itu hari, mesti rasa syok sikit walaupun hampir 99% daripada diorang tu 1st time layan wayang Melayu dalam panggung. You know who you people are.

Shazrol Suhaime mesti rasa tak sia-sia dan segan-silu lagi kacau bang mat masa shooting dengan kat studio tiap kali 'bulan dia mengambang'.

Aku pulak happy. Sebab dia aku dah start main Akira Kurosawa, Yasujiro Osu, Fedirico Fellini, Vittorio De Sica dan dah start appreciate Mat Sentul dan Fritz Lang. Aku dah kental selak buku dan cerita yang aku tak berani nak selak sebelum ni. Orang cakap, ' ...belum cukup haul'. Sekarang ni, gentle cakap --- aku dah boleh bayar 'zakat sendiri-sendiri'. Alhamdulillah.

( Syabas, Mamat Sahaaabb... syabaaasss! )

Ini petanda filem kita punya storyline dah nak masuk ACT [2] balik. Kau ingat senang ke belajar buat filem kat Jerman dengan kat kakilima tu??! Ni baru lanun real punya. Bangga menentang 'penjajah'.

Shooting Board 'ESTET' Abang Mamat. Amacam, ada berani ?!

Ulasan

pengeran cinta berkata…
hmmm..aku takkan lupa video klip 'Jesnita' version sandman.

Yang aku tak puas hati sampai skang yang jadik Jesnita tuh kalau kat dunia realiti tak mungkin sandman akan kejar dia sampai takde hati nak bukak gerai dia lagi..Sumenya dusta semata-mata!
faizalmukhtar berkata…
[che'ah]

psst... kak, jangan pecah lobang gua! malu aku kalaun satu bumi tau. huaha.