FILEM KAMBING MEMPERSEMBAHKAN ---


Pada hari semalam iaitu pada 22 Ogos 2008, terlancarlah filem pertama hasil gigih dan swadaya tekun para produksi Goat Films setelah beberapa bulan bertungkus lumus semenjak dari awal tahunnya membikin sesuatu yang pada peringkat awalnya bermula dengan satu impian.





Syabas semua!

Akhirnya berjaya kita mengorak sesuatu yang bersifat seniman-seniman ala indipenden. Ayuh, kita saksi suasananya disana malam tadi yang berlangsung di Annexe, Pasar Seni.



Ni tajuk filemnya, THE VALUE OF MY SANITY. Dalam Bahasa Ibunda mungkin jua terjemahannya, NILAI YANG TERMAKTUB DALAM KEWARASANKU agaknya...

Orang yang datang. Kena beratur. Register dulu, ambik-ambik dulu apa yang patut. Exclusive ni, nak oiii!!!

Tuan Penerbit/Produser. Zachary Ong, bukan main serius. Gentar gua nak tegur malam tadi.

Penulis asal cerita ni, Shariman. Juga merangkap MC. Terkejut aku, apahal tetiba kau jadi MC ni pulak ???

Razif, Pengarah Seni dengan separuh Telor hanya kelihatan sedikit. Ya, nama mamat ni Telor.

Mat Telor (tengah) dan konco-konco telorannya memberi bantuan apa yang patut. Posing cam haram.

Hah! Tuan Pengarah, Idzwan Junaidi. Menampilkan bodyguardnya yang mana ntah aku tak pernah nampak sebelum ni. Angkuh sungguh!

Orang dah start ramai. Mana sempat, ada yang sambar merchandise yang disediakan. Aku sambar makan-minum aje kat belakang tu. Free.

Gambar Close-Up merchandise.

Orang start carik port yang cantik sikit untuk tengok wayang pacak ni.

Muka nak ayat awek seksi yang datang tapi takde iltizam langsung aku tengok. Aku pun heran, mana si Zack ni dapat contact awek-awek ni... chaisss!!!

Dah start crowded. Tapi wayang tak mula-mula lagi... apa citer??!

Oh. Ada lagi jemputan yang baru hadir atau lewat hadir rupanya. Takpe, bagi chance. Lintas langsung kali ni memang bebetul kental! Wee-hooo!!!

Ntah hapa ntah nama awek ITM yang baju kelabu tu. Dulu gua ada try ayat masa kat fakulti dulu, haram tak dilayannya. Alih-alih datang pulak screening malam tadi... apa kes?

Mat Telor takut-takut berani melayan orang (aweks) yang datang. Porah! Bersepah aje line gua perhati lu dari tadi!

Ahhh! Ramai la pulak orang. Mana lu orang mari ni... Minah Saleh negeri mana pulak diorang jemput ni?! Hish, nak ayat bahasa Ukraine gua bukannya mantap sangat.

5 alasan yang diberikan oleh 'orang-orang' yang tidak hadir itu tapi janji bukan main suruh aku booking itu-ini :

1. Aku demam ni. Serius.
2. Chaiss! Gua ingat hari Sabtu.
3. HariJadi gua la, ada family dinner...
4. Esok aku ada dateline skrip nak hantor. Aiseymannn!!!
5. Eh?! Ye ke ini hari, jap lagi gua datang. Kat mana ek?

Combo ayat-ayat cinta penakluk awek.

SCREENING SEDANG BERLANGSUNG
Tak boleh ambik gambar dan memang tak nak ambik gambar pun. Nanti spoiler...
GAMBAR SEKADAR HIASAN

Lepas screening, ada cocktail makan-makan. Lepas makan-makan, ada showcase persembahan LIVE secara akustik oleh penyumbang-penyumbang bunyian runut dalam filem ni. OTAM yang pertama bikin gegar. Dia kena nyanyi dulu sebab jap lagi kena pegi keje. Shift malam.

Ni plak, ESTRELLA. Fuff! Sikit punya solid ka sound dia. Syahdu-mahdu pun ada gak boleh tahan.

Tergamam. Terpaku. Terkedu. Teruja. Ter-itu dan Ter-ini. Itu ekspresi penonton yang digambarkan disini dari sudut silaan bahagian hadapan. Yang menongkat dagu tu, D.O.P kami. TQ, Mr Wan Chun Hung sebab kasik sponsor itu kamera. Memang powerrr!!!

...Tanpa kamera, siapalah filem.

Ni angle aku masa dia main lagu nombor tiga. Masih lagi terkesima.

Aku teringin doh main menatang ni... macam cool-cool aje gua tengok.

Yang pakai topi cam Popeye tu cameraman rasmi dengan lighting man. Tak sempat borak-borak.

...adik gua. Tunggu persembahkan terakhir yang diikhtirafnya sebagai persembahan yang dinanti-nantikan.

YUNA! YUNA! YUNAAAA!!!

Sikit punya ngam ke suara minah ni. First time tengok LIVE. Selalunya layan YouTube sahaja. Memang tak syak lagi. Dia memang best!

Tuan Pengarah tetiba aje muncul kat depan tu jaga sound. Sudah laaahh..

Alhamdulillah.
Semuanya berjalan baik, bergerak lancar dan berkesudahan yang memuaskan. Moga filem kedua nanti akan menyusul tidak lama lagi dengan sesuatu yang lebih best!

So, short filem dah ada satu dalam bakul...

Dalam LRT, aku terfikir langkah seterusnya untuk seniman rakyat ini. Hmmm...


p/s: Ini preview artikel dalam majalah KLue. Check it out.

Ulasan