Benda kan, kadang-kadang ada harga jugak kalau tau menilainya.

Dalam kira-kira lewat bulan lepas iaitu 2 minggu yang berlalu, ada satu event yang aku rasa agak ngam untuk aku ceritakan kat korang semua. Sebabnya, mula-mula aku budget nak pegi melawat saja sebagai pengunjung. Tuhan punya kuasa, terpilih pulak untuk join. SIkit punya syok ke!

Nama acara ni ialah ICA 2008 ke-16, KL jadi tuan rumah. Dalan bahasa Melayu modennya bertajuk, Kongres Lembaga Arkib Antarbangsa. Semua kejadian-kejadian ini adalah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebelah KLCC. Sebut perkataan 'arkib' aje, dah membangkitkan nafsu. Aku yang berjiwa ala-ala Indiana Jones ni pun dengan rasa bestnya inginlah berkongsi cerita disana... AYUH KITA JOM!


Aku ada la miss separuh hari masa 1st day tu. Pegi Kelantan ada urusan kembara sikit. Masuk hari ketiga, gua dah tak sabar nak explore!

Sampai sana, seronok macam budak-budak. Aku rasa macma ahli diplomat. Fuff! Gaya, gaya...

Ini Juan Mazeri Lexmark. Anak tempatan berdarah chicanos kelahiran Terengganu. Dia ada kat sana jugak. Ini adalah percubaanya berposing dihadapan wayang kulit.

Workstation ketika berada disana. Bekerja dan berkarya. Mengayat awek juga bila mana perlu.

Bukti sahih yang aku bukan main-main (Ya, aku serius ketika bergambar) .

Khat dan kaligrafi alam nusantara. Itu jamuan runcit-runcitan yang bertaraf internasional kitorang.

Oh. Acara ini sudah tentunya menjadi kewajiban!

Juan Mazeri Lexmark dan Sharizal Shamsuddin diiringi pihak keselamatan ketika makan. Mungkin mendatangkan bahaya kepada pengunjung jugak bila aku join sama sat lagi.

Favorite exhibition gua... bukan senang dapat peluang macam ni, brader.

Stim tahap stimbot tengok naskah Tun Seri Lanang punya SEJARAH MELAYU. Orang putih sebut Malay Annals.

Kemuncak orgasm berganda bila dapat tengok secara 'live'... HIKAYAT HANG TUAH! Ni boleh ambik gambar ke, tak ni? Aah. Gua pun taktau. Gua ambik je bikin kenangan silam.

Ooooohhh... Aaaaaahhhh...!!!

Woooowww.... weeeeee!!!

Ni antara booth kat dalam bilik pameran. Tak spend apa sangat sebab benda free aku hitung-hitung ada mendatangkan lumayan jugak. Terutamanya dari Dewan Arkib Itali. Dahsyat diorang ni... sungguh, kawe dok bohong!

Makan separuh masa kedua.

Disebabkan perlegaran gua dan memantau gadis-gadis yang lalu-lalang, nampaknya aku tersingkir mudah dalam pertarungan kali ini. Ada ubi ada batas.

Jangan tanya aku Shazrol Suhaime buat apa. Dia kata jangan bubuh gambar ni dalam blog.

Seniman-seniman lain juga ada. Apa nama diorang, aku jadi lupa. Cis! Ah Moi itu harus dipersalahkan dalam hal ini.

Perbincanagn tertutup kat luar KLCC. Nampak macam dahsyat.

Ni hari-hari last ni. Bebudak rombongan bukan main ramai. Pengalaman aku di Karangkraf banyak mengajar aku macam mana nak handle crowd. Nombor telefon kakak antara agenda penting aku dan Juan Mazeri Lexmark.

Ada acara sampingan kat bilik-bilik yang terpilih. Mari kita lihat perwakilan kita di sana...

Tu dia. Demonstrasi tarian oleh Shazrol Suhaime.

Bikin kraftangan dengan otai. Aku tau kenapa dia ada kat situ...

Ahhh... tak syak lagi!

Program hampir tamat. Post mortem harus diperlakukan. Antara background paling unggul dalam sejarah penggambaran.

Sedang berfirasat.

Apa lagi lepas ni, brader?!
Gua ingat nak bukak booth la kat San Diego tahun depan...
Boleh ke?
Apa tak boleh pulak??!

Ulasan

Maya berkata…
very interesting..and those artifacts memang stimboat dan orga..err beganda sungguh..totally genius.
faizalmukhtar berkata…
[maya]

tambah lagi kalau tengah layan sambil makan stimboat tomyam Johnny's... Fuff! sikit punya best ke.
gayour berkata…
hanya beberapa saja yang menarik. komen sket boy scout!
1- sapa-sapa bleh serius depan komputer kalo nak amik gambo! crap!
2- menuskrip tahap purba tu patut didedahkan pada semua rakyat merhain BolehLand untuk menikmatinya.
3- ayu dan sopan sungguh gaya roy duduk besimpuh yang kononnye beminat dengan seni kraf, padahal mata beliau ke arah lain. jahanam sungguh tektik zaman pendekar bujang lapok ni. bravo roy!
4- tiada senyuman hipokrit di wajah lu. kerana itu lu masih gagal dalam soal melayan anak-anak sekolah yang datang dan kerana itu juga "burung" selalu melepas! harharhar!
5- maqkanan itu memang untuk dihabiskan!
6- roy memang liar! i luv it!
7- tak patut maqkanan itu dibiarkan...
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

1. betol. gua serius. serius gua ni.
2. ianya tidak didedahkan sewenangnya kerana ada pihak yang cuba untuk memanipulasikannya. Siapa tahu siapa yang tulis Hikayat Hang Tuah?
3. ya. bravo. cis!
4. itu satu tuduhan tidak berasas... see you in court, food court!
5. abis tu?!
6. tidak cukup liar bagi piawaian aku.
7. abis tu?!!!