Nasib badan dah jadi bara... apa cerita??! (gua tersingkir buat kesekian kalinya!)

Petang semalam, masa aku nak isi minyak dekat Shell dekat rumah aku... macam biasa aku akan belek-belek barisan majalah dan suratkhabar yang ada dan yang mana perlu. Entah macamana ada satu majalah sudah tarik aku punya mata bola. Aku tatap covernya sejenak dan langsung aku tengok dalamnya. Ada satu petikan:



" Saya sudahpun jumpa seseorang. Kami dalam proses mengenal hati-budi masing-masing".
- Awek DJ tu, COSMOPOLITAN edisi Ogos 2008.


Chaisss! Bikin naik darah betul statement tu. Nampaknya khatam terus hasrat aku nan tulus lagi suci untuk men-tackle awek DJ ni setelah hampir 10 tahun mencuba dengan 'pacing' yang agak tenggelam-timbul. Sapalah mamat tu, aku cuma mampu ucap 'Good Luck' walaupun dalam jiwa aku rasa nak terajang rak coklat tepi kaunter tu tanda protes dan geram. Sedang dalam perjalanan keluar, member aku Salim Shell macam biasa akan tanya bila cerita aku nak siap lepas dia dapat tau yang aku kerja tulis-tulis upahan orang. Setiap kali isi minyak, soalan tu jugaklah yang dia ajukan. Mula-mula rasa rimas semacam sebab aku tau dia saja pressure, atau mungkin sebab dia tak percaya. Ye la, muka aku takde sahsiah rupadiri langsung macam norma-norma seorang penulis bercetak bila berdepan dengan member-member sekitar Subang. Aku lebih nampak kutu-kutuan sikit di sisi masyarakat setempat area sini. Tapi lama-lama aku OK. Aku dah lali. Bagus jugak ada Salim Shell sebagai reminder. By the way, si Salim Shell ni bukan Bangla, cuma nama dia ajer bunyik klasik. Kali ni disebabkan kesinambungan perasaan geram tadi, aku boleh pulak termarah si Salim Shell. Kesian si Salim Shell. Dia tidak bersalah akan hal-hal jiwa jawi ini.

Balik pada cerita awek DJ yang aku dok gila-gilakan tu. Nampaknya memang dari dulu peluang dah tinggal negatif kosong sejak aku tau yang aku ni memang berahak abis. Tapi aku tau ada sebabnya aku jadi berahak. Dah dalam DNA aku kot, kalau ada aje awek yang aku minat dulu masa belajar, mesti aku spastik nak ayat. Dan awek DJ tu adalah awek first yang bikin aku spastik. Cilanat betul! Memang takde jodoh kata orang tua. Kesian jugak kat orang tua, yang jadi mangsa tuduhan rambang aku ni.

Tapi apa pasal lu suka sangat ikut-ikut gua pulak kalau dah takde jodoh? Jangan la main kasar macam ni. Gua bukak TV muka lu, gua bukak suratkhabar muka lu, gua baca majalah muka lu, gua pegi tunggu tren kat KL Sentral muka lu. Sampaikan gua pergi Kelantan itu hari pun ada muka lu jugak... apa ni?! Chaisss!!! Bikin baraan gua aje!!!

... dalam diam-diam geram membara gua, nampak lebih jambu dari biasa la pulak bila pakai tudung. Huhuuu.

Ulasan

Niezam berkata…
yang sudah tu sudah laa... kita carik kambing lain ye. kambing gurun takde kat sini... mahal. ada satu tu best jugak, kacukan... kambing campur biri-biri... elok buat korban nanti. mahal? tak murah je.
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

ada kambing dalam citer Empire Strikes Back tu tak... yang si Skywalker tunggang tu? Besar gak isi dia aku tengok.
hahahaha. nanti aku cerita kat dia yang kau ni masih tergila2kan dia. hahahahahahahahaha. errrkkkk.

uhuk ! uhukkkk ! ttuuuiiii !

sorry, tersedak nasik goreng.
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

ni yang aku tambah membara krakatoa ganda tiga ni!!! apasal makan nasik goreng mamak tak roger gua ni?! chaiss!
KLFM WEBMASTER berkata…
Nazie: Statement tipikal setiap kali terkeluar cerita2 macam ni samada dari mulot ko atau dari blog ko...

BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG BUKAN SEEKOR!

Nabil oghang nogori mak den pun dah kato, zaman millenium ni, kalau suko kat mano2 awek, tak payah laie tanya jam pukol brapo, ajak yo monikah teruih! Ekau ni bukannya tolambat nak ajak monikah, nak ajak minum kat Uptown pun ntah bilooo.. pezal lah pezal.....
faizalmukhtar berkata…
[nazi]

apa kena mengena bunga, kumbang dengan orang negeri sembilan dalam cerita aku ni?

uptown tu mungkin ada betol sikit-sikit.
so bila nak pegi uptown?

aku nak pekena sotong kangkung.

yumm yummm
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

makanmakanmakanmakan... tu je la tabii kau. here's the deal: kau bawak fara, jangan kata sotong kangkung - tokey sotong kongkang punya kedai pun aku sanggup cagarkan!

amacam, ada kental?! gua nak face off ni.
gayour berkata…
gua simpati dengan takdir yang telah ditentukanNya untuk lu wahai boy scout. nak gelakpun ada. boleh ker gua gelak pada nasib malang yang menimpa lu ni? tak baik. ini bukan masa yang sesuai untuk gelak kat lu.

"...jangan fikir lama-lama
nanti lama-lama dia diambil orang
jangan fikir lama-lama
nanti lama-lama dia diambil orang

sesal dan kesal engkau nantinya
bila bunga mu dirayu orang
kemana engkau akan mencari
bila sang bunga melangkah pergi

kerna tunggu lama-lama
nanti lama-lama dia diambil orang..."

nasib lu la boy scout. bersabar la dengan dugaan. hidup mesti terus dengan makan nasik atau daging kambing panggang. muahh!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...takpe Lobos, Lana Lang terlepas - Lois Lane tetap menanti.

UP, Up and AWAAAAYYYY!!!
ana baik (^.^) berkata…
faizal...
pegi la ngorat dier tu...
bgtau kt dier..terus terang jer dgn dier...
bile lagi...
huhu...gud luck...
faizalmukhtar berkata…
[ana baik ke?!]

ana,

1.aku dah ngorat
2.dah terus-terang bagitau
3.semua dah...
4.jadi apa lagi?
5.cerita ini tamat.

THE END.