menjelajah lagi [ kali ini ke pantai timur ]

2-3 hari yang lepas, aku meneruskan SIRI KEMBARA JALANAN selepas KEDAH, PERLIS dan SABAH. Kali ini giliran KELANTAN. Aku banyak bertemu dengan orang bernama Tok Wan, Pok Su dan Cek Mek. Gewe-gewe sudahlah tentu. Aku mintak maaf kalau ada yang tertunggu-tunggu update terkini. Nanti aku akan kembali lagi dengan cerita-cerita itu. Sekarang kesuntukan masa kerana sebentar lagi aku kena bergegas ke KL Convention Centre untuk ICA Congress 2008 yang ke-16. Rajin datanglah jumpa kat sana. Acara ni sampai 27 Julai, hari Ahad. First day itu hari, aku nampak naskah asal HIKAYAT HANG TUAH dengan SEJARAH MELAYU. Cuma sebentar, kemudiannya berkejaran ke KL SENTRAL menuju Wakaf Bharu. Ini hari gua sambung balik 'mencari-cari' yang perlu.


Gambar paling angkuh dalam minggu ini. Aku pun naik jaki tengok muka sendiri.


Sehingga esok, jaga diri hiasi perbadi. Tidak macam aku yang habiskan 15 jam didalam keretapi memikirkan soal-soal yang sudah ada jawapannya.

p/s: ...tiba-tiba aku baru teringat benda paling kurang best sekali dalam sejarah dunia untuk hari ni: Aku haram tak pick-up lagi tiket MALAYSIA lawan CHELSEA. Game pulak Selasa ni, orang dah berpuak-puak telefon dengan SMS aku. Chaiss!!! Harapan ini takkan aku persia-siakan! Tunggu sahabat nan taulan semua --- sikit jam lagi gua pick-up.

Ulasan