Masih lagi stim cerita pasal bola dulu-dulu...

Masa sekolah-sekolah dulu, zaman-zaman hidup tengah membara yang macam-macam... aku ada satu team bola terunggul sekitar SS18 Subang Jaya. Aku dengan rasa angkuh dan bangganya mengatakan, team ni adalah antara team paling kental sekitar kawasan Subang Jaya. Masa tu futsal tak top lagi, kitorang main padang real punya depan 7-11 dekat SS14, biarpun secara teknikalnya memang padang tu letak dekat SS18. Aku dapat rasa 4-Generasi team unggul ni. Generasi Pertama:1992-1994, Generasi Kedua:1995-1997, Generasi Ketiga:1998-2000, Generasi Empat: 2001-Sampai aku abis UiTM dan masuk Karangkraf. Banyak player keluar masuk, yang terer yang hampeh, segala macam gol, aksi, skill, tanduk, tackle, keluar-masuk longkang, gaduh-terajang, luka-parut... semua aku dah rasa kat padang keramat ni. Dari era gaya aku main persis Azman Adnan dengan Van Basten sampailah ke era aku umumkan semi-retirement aku sedikit masa dulu.

Aku dan geng-geng bola padang tu dah abis tiru dah style semua player yang sudah sedia top sejak lebih 10 tahun main kat padang tu. Kami membesar dengan legenda-legenda dunia. Cakap aje sapa --- Matlan Marjan, D.Tokijan, Roberto Baggio, George Weah, Edgar Davids, Olunbumi Adigun, Karel Stromsik, Abbas Saad, V.Sundramoorthy, Hashim Mustapha, Lothar Matthaus, Alan Shearer (sekadar menyebut beberapa nama). Semuanya habis kami serap dalam permainan taktikal dan psikologikal kitorang. Masing-masing jadi hero masing-masing.

Ni sekarang ni, aku dah tak main lagi dah padang tu. Cuma bila ada kelapangan, setiap hari Jumaat ada reunion kat Sports Planet Sunway, main futsal biarpun aku kureng sikit main bola dalam gudang. Rasa macam guni beras, berat semacam. Padang tanah rumput lagi jiwa buat aku.


Ni sedikit gambaran padang tu sekarang masa aku shooting itu hari, dah bubuh simen siap jaring moden lagi. Tak ranggi langsung bikin padang simen cam gini, share pulak dengan bebudak basketball. Budak dua orang dalam gambar tu takde kena-mengena langsung dalam era kegemilangan dan kancah bolasepak SS18 Subang Jaya.


Baru-baru ni, salah satu budak padang tu ada bikin projek filem dokumentari pendek pasal bolasepak nasional. Nak dihantar competition pun. Bagus, aku sokong. Namanya Zaidi. Dia ni kira ada main 3-Generasi jugak la, batch adik gua. Aku ada jugak la tolong-tolong apa yang patut seperti yang dipinta rayu dulu. Tapi apa citer, bai... mana footage gua??! Itu hari gebang dengan Syahiran Anak Haji Derus bukan main lagi, siap jek-jek gua lagi?!! Lu memang tak kenang budi sama lu punya senior, Zaidi! Chaisss!!! Bedebah amat kau. Tak layak masuk hall of fame langsung. Bebudak hingus-hingus tu jugak yang kau bintang-bintangkan! Chaisss!!!

Apapun, nama filem pendek ni ialah 'BOLATENDANG MALAYSIA'. Selamat tengok.


PART 1



PART 2



PART 3



PART 4

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
bola-bola api

layarilah: kutupintartrg.blogspot.com