La. Kucar-kacir lagi.

Ada beberapa highlight yang aku nak paparkan hari ni:

1. Sudah tentunya debat orang minyak, yang naik minyak bodyguard, sampaikan bengkok-bengkok hidung reporter tu. Apahal?

2. Dah lebih 30 tahun gentar naik kapal terbang, akhirnya hari ni pecah sejarah. Shahrizal Shamsudin akhirnya terpaksa menaiki pesawat udara ke Langkawi untuk urusan perniagaan demi masa depan syarikat ini jua adanya. Kau kata rasanya macam nak berkhatan kali kedua. Aku cakap pergi la tanya Dennis Bergkamp.

3. Tidur sampai 3-4 pagi bikin presentation. Oh. Tiba-tiba rasa macam Batman lagi. Tulang belakang senak. Urat-urat lari. Ni pun tak setel lagi ni rasanya. Bagus, esok tengok Batman ada feel sikit.

4. Main Word Twist dekat Facebook.

5. Internet putus-putus. Tak dapat nak komplen banyak.

6. Sindiket Seers panggil meeting. Katanya ada sessi brainstorm. Ah! Tak abis-abis.


***

MARI MELAYAN SURAT PEMBACA

Salam!

Baru baca artikel ni kat KOMIKOO #4. Encik Faizal macam memang berminat pasal time-travel ni ek? Me too mohahaha tapi jarang jumpa geng boleh diskus pasal topik ni.

For starters, you should look for "Crime Traveler" - lapan episod je tapi idea dan theori dia amat menarik, contohnya apa yang dah jadi tu dah jadi, so walaupun kita dapat pergi balik masa, we wont be changing anything sebab benda yang terjadi tu rupa-rupanya disebabkan kita balik masa silam. Pehh ganas sungguh theory ni. Another theory would be that you cant go to the future, sebab it hasn't happen yet. Jadi boleh pergi past aje pakai mesen tu. Serious beb, kalau minat time-travel, cerita ni is a must watch.

My question is this:- Katakan Encik A, 22 tahun yang ditindas masa kecil travelled back to the past untuk menghalang tindasan ni dari berlaku, dan berjaya; adakah ini bermaksud pada umur 22 tahun dalam timeline baru ni dia tak ada motivasi nak go back to the past? Jadi kalau dia tak go back to the past, maksudnya tindasan yang berlaku masa dia kecik tak dihalang - tapi kalau macam tu dia akan ada motif untuk balik ke zaman silam untuk mengha... aieee!

Macam cerita Back to The Future - bila Marty McFly secara tak langsung seperated his parents in the past, kan dia mula hilang dan "tak wujud" tapi kalau dia tak pernah wujud, macam mana dia boleh TER seperate parents dia? jadi kalau parent dia tak TERseperate sebab dia takde, jadi mestila dia wujud! Tapi kalau dia wujud, kan dia akan tersepe... Aargh!

Seronok jugak baca artikel tu, (walaupun tak nampak apa-apa pandangan dari penulis sendiri selain satu ayat pasal boleh jadi raja zaman dulu kala) sebab asik baca mat salleh punya cerita, tak terfikir pulak nak include wal-asri! Padahal baca surah tu hari-hari muahahaha.

So in other words, thanks for the artikel.

-Zik


Salamus salam!

Terima kasih aku ucapkan sebab rajin membaca. Jadi, ini respon aku :

Sayang sekali cerita Crime Traveller tu tak tunjuk kat TV Malaysia masa mula-mula dia keluar 10 tahun dulu. Premis cerita memang best, ala-ala macam CSI yang ada time machine gitu. Patut BBC2 tunjuk la cerita ni kat Astro untuk kita jamah bersama. Lagi, cerita-cerita bermusim kat UK memang pendek, tak jadi hal kalau nak follow. Soalan kau aku tak dapat jawab sebabnya kau sendiri dah jawab. Apa benda la lu!

Sebenarnya ada lagi reference dan bahan wacana dan wahana lain yang boleh kau jumpa hari-hari pasal kembara masa ni. Cuma aku nak cakap, kita semua memilikinya. Mana dia kau cakap? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Akhir kata - SELAMAT BERAMAL.

Ulasan

lokasi besok dah tukar kau tau kan?

jangan salah panggung pulak.
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

...la, tengok kat panggung ke?
The Zik berkata…
Betul. Reference ada belambak kat rumah aku yang aku baca tapi tak sedar. Malunya sebab (1)dah sah tak baca dan faham quran dengan teliti (2)sebab email aku dipublishkan kat blog MANIFESTASI MIMPI mohahaha
faizalmukhtar berkata…
[zik]

semua rakyat marhaen layak mendapatkan haknya yang masing-masing.
Niezam berkata…
susah gak nak mengkaji time travel ni... in my opinion memang manusia sudah mengembara ke masa depan. tapi hanya bebereapa minit atau hari. itu yang orang kata dejavu. atau orang cakap "eh! aku macam pernah buat menda ni". tak berapa suka nak kaji time traveler tapi lebih suka mengkaji apa itu dejavu. by the way... lepas balik dari zoo ari tu... maka aku berkata dalam hati " eh aku rasa macam dah tengok gajah kencing sambil makan tebu".
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

agaknya2 gerai-gerai depan masjid time sembahyang Jumaat nanti ada orang jual air tebu tak? aku rasa dejavu pulak tadi nak teguk.