KOMIKOO 4 - ada benda dalam tu.

...pegi kedai. carik cover ni. kromosom lukis. salah satu favorite ilustrator aku ni, jadi aku anggap privilege jugak lah...

Buat yang seringkerap bertanya mengenai obsesi saya tentang Mesin Merentas Masa (Time Machine), kini boleh mendapat sedikit jawapan berbentuk polemika lazim dalam bentuk penulisan di KOMIKOO #4 yang kini sudahpun berada di pasaran. Untuk pengetahuan semua, karya ini berkemungkinan adalah salah satu isi bab perihal buku yang bakal saya hasilkan nanti. Komentar dan kritikan sudah tentunya dialukan malahan ditagih!

Selain itu, untuk yang mahu melihat hasil komik saya bersama Lobak, boleh 'CARI' juga di situ. Ramai yang mungkin tidak ketahui Director's Cut yang terdapat dalam cerita tersebut. Kebanyakannya disimpan rahsia oleh Lobak jua.

Terima kasih buat KOMIKOO dan Edtior RoyAblah diatas kesempatan meluluskan hasil-hasil ini. Ada lagi yang menyusul selepas ini.

p/s: macamana Roy, ada beza ke lepas kahwin ?

Ulasan

gayour berkata…
apa yang aku CARI?

what the...

damn!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...padan muka lu! Huahah! Ingat tak perasan tadi.
Kalamtimur berkata…
kolobrasi yang mantap dengan Lobak.
faizalmukhtar berkata…
[kalam mimpi]

tak... tak mantap. belum lagi. apa pun, terima kasih atas perhatian.
Kalamtimur berkata…
siri Gaia pun saya ikuti di Astro, suka style dan approach paranormal you dengan director Nizam Zakaria. siri yang terbaru, hantu pelombong Cina ingin belajar Bahasa Melayu, best.
Kalamtimur berkata…
aiyaa...salah info, tersalah orang pulak rupa-rupanya Fairul Nizam yang saya maksudkan yang tulis skrip Gaia.