komik paling smart dan paling subversif yang pernah aku baca (dah jadi filem!).

...jadi tak, jadi tak, jadi tak ??

Jadi la kot. Tapi Ozymandias nampak macam gampangan sikit...


Aku langsung jadi tak keruan dan menggelabah semacam lepas tengok trailer WATCHMEN yang telah menghampiri kali ke 12 juta bilion tadi. Dengan lagu Smashing Pumpkins
"The End Is The Beginning Is The End" sebagai latar, inilah dia trailer of the year setakat ini. Masyuk! Macam grafik novel '300' Frank Miller, kesamaan yang ditunjukkan setanding dengan grafik novel Alan Moore dan Dave Gibbons itu nampaknya sangat membelah pembuluh darah dan saraf periferi penggila komik macam aku. Aku cuba ciplak 10 contoh. Mari kita sama-sama tengok sama ada tuan director Zack Snyder ni, betul-betul otai ke tak? Aku rasa dia menghampiri tahap otai. Bukan Otai Burger tu sebab Otai Burger tak sama langsung dan takkan boleh potong macam Ramly Burger. Dia raja burger di jalanan.

Secara suka hati, aku puas hati sebab aku dah baca dah komik dia. Walaupun ambik masa jugaklah nak kasik tamat sebab punyalah tebal ngalahkan buku panduan talipon, aku gagahkan jua. Itu pun sebab kena paksa dengan Nik Nadzru Iskandar. Kata Nik Nadzru Iskandar, aku kalau baca komik yang bukan arus perdana, labi-labi betul tahapnya nak selesai. Apahal, brader?! Berat tu bai bukunya... kena la thomakninah sikit. Kang kau kata aku tengok gambar dengan usha Wiki aje kejenya.

Komik: 12 episod - Filem: 2 jam setengah lebih. Dahsyat jugak kalau nak diikut-ikutkan. Buat yang belum layan lagi trailernya, HAHH!!! Kat bawah tu ada aku dah bubuh... Takkan itu pun tak reti kot?!


10 CONTOH CIPLAK-CIPLAKAN WATCHMEN :


Comedian kena campak keluar tingkat. Tu la, sapa suruh kau kerek sangat ?!

Babak kat tanah perkuburan.

Jon Osterman kena microwave hidup-hidup sebelum jadi superhero. Macam citer The Fly + Hulk pun ada jugak aku tengok ni.

Kemunculan Dr.Manhattan buat kali pertama! Ni yang gua tunggu sebab dia favorite karakter gua!!!

Tunjuk power skit... ni masa Perang Vietnam. Fuff!!! Giler ni.

Istana Kristal kat Marikh ciptaan Dr.Manhattan bikin guna garam galian dan mineral yang ada kat sana. Kepala otak Alan Moore yang berjambul tu aje yang boleh pikir idea camni...

Kapal Nite Owl keluar dari Sungai Kelang, New York.

Ganas si Rorschach ni. Tapi muka tutup dengan underwear pompuan, apa citer?

"Lissen, you little punks... you better get back in ya rat holes!", kata Comedian sambil halau rakyat yang buat demonstrasi jalanan sebab harga minyak dah tak ngam isi RM10 masuk Kancil.

Selain Roschach, Comedian ni pun suka main api. Abis askar Vietkong tu kena BBQ. Kaki Dr.Manhattan sikit punya seksi ke, main futsal ni confirm aku ambik masuk team aku.

Ulasan

gayour berkata…
dr.manhattan patut diban! lucah! mendedahkan aurat. tak ada moral punyer doktor!


ni movie power rangers yang baru ke ni? apa, bukan. battle of the planet? thundercats? space ghost? battlestar galactica? sarkas? bukan gak. habih tu movie apa ni boy scout? har fragin har!
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

...how dare you mock Alan Moore's grand masterpiece??!!!!
AdiFitri berkata…
sebagai self-proclaimed rock nerd, suka aku nak point out bahawa lagu 'Pumpkin yg ada dlm trailer Watchmen judul dia "The Beginning is The End is The Begininning". "The End is The Beginning is The End" adalah versi yang rancak sket yg ada dlm OST Batman & Robin. :D
Oh, dan trailer Watchmen ni mmg stail! walopun Alan Moore mungkin tak suka, tp tetap stail.
faizalmukhtar berkata…
[adifitri]

clap!clap!clap! ...good job fanboy!