itu hari saari sulong cuti mc. bukan main suka dia lagi.

Semalam, pagi nak tengahari sikit, aku pegi ofis lama. Ada panggilan kutip check, kata ofis lama tu. Aku sebenarnya dah tak ambik pot dah. Kalau ada, ada. Takde, dah. Sebab aku tau ofis dah tak mampu nak berdaya saing lagi. Tapi dah namanya rezeki, takkan aku nak singkirkan peluang pingat emas ni berlalu macam tu aje. Sampai sana, aku call dulu guna public sebab henset kena bar 2-3 hari lepas. Siot, tak tau lagi bila nak bayar bil. Gatal betul pegi ambik post-paid, sapa suruh. Padan muka aku kena potong.

Lepas call, katanya tak siap lagi. Apa barang? Aku dah boleh jangka dah benda brengsek ni nak jadi lagik. Itu hari kata datang hari Jumaat, lepas tu hari Isnin sebab lu sakit. Ni katanya bos tak sampai lagi nak sain cek keramat gua tu! Chaiss!!! Bikin naik darah aje. Tapi aku sabar sebab duitnya memang dah ada. Katanya lepak-lepak dulu. Nanti bekas bos aku yang malaun tu akan sampai. Jadi aku pun sabarlah dengan niat nak balik sambung buat keje tulis-tulis. Tapi, aku macam biasa akan singgah kedai buku dulu kalau dah keluar rumah pegi area yang ada kedai buku. Entah macamana, dalam perjalanan ke kedai buku, aku bertembung dengan Saari Sulong. Saari Sulong pun terkejut nampak aku. Sebabnya, kitorang sebenarnya dah ada appointment nanti petang-petang sikit. Tuhan punya kuasa jumpa pulak kat situ. Katanya dia MC, baru nak kebah. Itu sebab ronda-ronda nak dapatkan semangat. Aku faham. Tengah layan-layan borak, Saari Sulong ajak tengok wayang. Katanya dia tak tengok lagi Hellboy II. Aku kata 'Orait!' walaupun itu hari dah tengok dengan geng Sindiket Seers. Bukan jadi dosa pun kalau tengok wayang dua kali, bisik hati aku yang memang gile wayang gambar.

Makan tengahari pun dengan Saari Sulong. Aku rekomen dia makan warung Siam yang legenda dekat Summit tu. Memandangkan Saari Sulong terkenal dengan kehandalan menikmati makanan dan memuja masakan, dia sudah jatuh cinta dengan Nasi Goreng Thai dekat warung Siam tu. Aku dah cakap dah, cuma ada dua-tiga orang budak bekas ofis aku dulu je yang tak caya. Tekak apa entah diorang tu, aku pun tak tau. Blah lah!

Dah kenyang, Saari Sulong cakap dia nak ikut aku balik ofis tumpangan aku kat the Curve. Aku cakap 'Orait', asalkan naik kereta Saari Sulong sebab jimat minyak kalau kongsi kereta. Baru nak keluar, sempat aku kutip cek keramat yang jumlahnya sederhana-sederhana tu. Cukuplah, buat bayar bil henset nanti.

Sampai ofis, ada Shazrol Suhaime, Shahrizal Samsudin, Deesyawalin Pakhalan, Muhamad Yusri dan Juan Lexmark. Aku kenalkan Saari Sulong dengan diorang. Oh! Rupa-rupanya semua dah kenal siapa Saari Sulong, siapa tak kenal Saari Sulong kata diorang. Cis! Buang karan aje gua introduce. Tak sampai berapa minit, dah mesra dah sebab aku tau, semua kawan-kawan aku mesra rakyat. Siap karaoke-karaoke dengan main lawak teka-teki sikit-sikit lucah lagi kat ofis tu. Kitorang keje-keje sambil borak-borak sambil main-main sampai ke malam. Last kopek, kitorang meeting dinner kat mamak dekat simpang ofis tu kejap. Jap lagi Shazrol Suhaime dengan Deesyawalin Pakhalan nak pegi rumah member jumpa Suhaimi Abdul Rahman. Teringin jugak nak jumpa Suhaimi Abdul Rahman sebab lepas tengok dia balik umrah, nampaknya ada banyak pembaharuan dan cerita-cerita best. Diorang ajak aku tapi aku fikir aku dah rindu bantal. Aku cakap takpe, next time. Kirim salam sahaja sama Suhaimi Abdul Rahman dan anaknya, Nabila Huda Suhaimi kalau ada. Pesan kat dia, jangan melompat-lompat lagi kalau pegi umrah sebab nanti wartawan-wartawan Malaysia bikin kecoh. Aku pesan secara telepatik aje.

Balik rumah, Saari Sulong pasang cerita last round. Aku layan dengan tahap optimum sebab tak tau bila lagi boleh lepak macam ni. Pesan Saari Sulong, '...aku suka keje aku. buat keje biar suka, tapi jangan suka-suka'

Ulasan

gayour berkata…
shaari sulong memang bernafsu gajah afrika kalo pasal makqan! lobang hidung beliau akan kembang semangkuk dan peluh akan mengalir kuar tanpa henti sekiranya sedang membaham nasik putih lauk asam pedas! kerakusan hulk hogan sungguh!
sama gak cam lu boy scout. nafsu makqan lu memang tahap t-rex yang zalim!
apapun selamat menikmati makqanan yang halal. pastikan bersih dan halal! TQ
faizalmukhtar berkata…
[gayour]

paku dulang, paku serpih... lu dengan konco-konco seperti Abdul Razak dan Amran Ngah pun sama. Tu belum masuk Nor Azlin lagi tu! Ni puasa lagi sebulan lebih ni - Huh! Tengok la mana yang KING!!!
Niezam berkata…
ari tu ada pegi zoo, ada gajah tengah kencing sambil makan tebu. ramai orang tengok dia tgh kencing sambil makan tebu. tak malu sungguh.
faizalmukhtar berkata…
[niezam]

BINATAAANNGGG !!!