hal wawasan la punya pasal.

Pagi ni aku bangun sikit punya awal. Malam tadi pun aku ingat aku lentok sikit punya awal. Tak rugged langsung malam minggu tido awal-awal. Sebelum pukul 10 rasanya aku dah lelap. Bukan sebab penat melayan si Lobak melepak dekat Rasta baru TTDI soal perancangannya nak carik future lepas dia tau aku ada time machine atau melepas jumpa Zid dekat MidValley borak-borak soal Singapura atapun kecundang dapatkan Captain America isu 37 dan Dark Tower: The Long Road Home isu 1 (sebab komik-komik tu patutnya dirembat bulan-bulan lepas... ekonomi punya pasal, melepas skit. Dah kena mengembara carik back issue). Mungkin aku letih memikirkan jadual aku yang tak tentu hala 2-3 menjak ni mengalahkan ahli politik parti bebas lambang kunci yang tak pernah menang pilihanraya. Bila otak kondem, otomatik badan pun out. Nasib baik ada komik dan panggung wayang kalis-beratur Summit USJ sekarang. Tenang jugak jiwa sedikit-sedikit.

Nak dijadikan cerita semenjak bekerja sendiri ni, aku banyak memegang tugasan driver kembali untuk adik-adik aku. Bukannya tak pernah pegang jawatan ni dulu. Pernah. Cuma ikut angin. Kejap part time, kejap full time. Sekarang rasanya dah full time balik. Aku bukan komplen. Kerana disebabkan sebagai abang long yang mempunyai daya tanggungjawab dan sifat-sifat madani keluarga yang tinggi, aku gagahkan jugak walaupun lagak ngeri pagi tu rasanya nak macam pegi menoreh adanya. Penglihatan bijik mata pada mulanya hanya dibuka sebanyak 20% dan ke bawah. Gosok gigi, simbah muka dengan air sejuk paip, pekena air coke beku lebih malam tadi lebih kurang, aku dah malar segar. Jam kat henset 3210 aku yang hebat ni tak lagi cecah 5.30 pagi. Trrrr... Trrrrr... memang Alaska betul cuaca Ahad ni.

Adik aku yang nombor tiga ni kejenya dekat syarikat penerbangan MAS. Dan dewasa ini, aku baru tau keje pomen kapal terbang ni (atau nak trendy skit aeronautic maintanence engineer), ada shift siang malam rupanya. Itu hari 2-3 hari shift malam, sampai remuk-remuk badan kena keje walaupun badan dah kong dan doktor sengal SS19 tu tak bagi MC, kononnya tak cukup haul nak dapat MC. Aku sekali lagi sebagai abang yang misali, bak kata pepatah Melayu - cubit peha kiri, peha kanan tak la berapa OK sebab terasa la jugak. Aku diam dan cuba-cuba simpati cara batin. Biasa, tak boleh manja sangat. Kena train jadi 'lelaki' ni.

Time lepas hantar, aku balik la lalu jalan airport lama. Tiba-tiba jadi syahdu-syahdan semacam. Bukan jiwang patah cinta ataupun hampeh Belanda tak pernah-pernah sampai Final mana-mana Cup. Cuma otomatik je jadi syahdu. Lagu 'Widuri' Bob Tutopoli dengan 'Home' Michael Buble haram tak membantu langsung meredakan mood aku yang makin suram menjunam tu. Baru tadi lepas kawasan rumah Bob Azli. Huhu! Aku ingat lagin zaman-zaman jadi Batman dulu, abis belajar hidup kucar-kacir. Kat rumah tu la... aku, BobAzli, HapisNasir, AliKutik, Shabel dan ada la 2-3 lagi geng-geng regular lepak rumah dia sampai ayam berkokok main Winning E. Kadang-kadang tu pulak, kalau mak bapak Bob balik kampung, ada pulak BBQ cara mengejut. Perangai Yahudi kontemporari betul masa tu, tak ingat siang malam. Betul, tak caya tanya la Zeeka yang dah insaf sekarang ni sebab dah nak kawin dah dengan Dickee. Darah pun tengah panas-panas belia. Cuma kitorang tak le liar-bengap sangat macam belia-belia dalam cerita Beverly Hills 90210, OC mahupun Geng Gagak Hitam dalam cerita Gila-Gila Remaja tu. Kita tetap clean. Memang layan masa tu. Bebas yang terkawal tapi tetap liar!

Lepas Ara Damansara, kepala otak aku menerawang lagi. Aku nekad tak nak balik rumah dulu selagi belum Subuh. Jadi aku ambik keputusan layan blues keliling area Subang dengan Sunway carik pot mamak naik kereta Kancil hasil wakaf orang tua aku.

Gedegang sana, gedegang sini medula oblongata aku dibuatnya. Aku jenis yang pantang bangun pagi awal-awal sangat kalau malam tu awal pulak tidonya. Prosesor dalam sel otak jadi jem tak pasal-pasal. Mula la teringat-teringat yang lepas-lepas.

2004 macam nak ulang balik. Time tu memang susah... sengsara mind, body and soul aku nak kawal. Semua macam serba tak jadik. Lintang-pukang. Clash dengan awek-lah. Kena paksa sambung belajar-lah. Keje asyik memilih-lah. Tak kena betul dengan naluri muda-mudi aku time tu. Tukar keje buka sekali-dua. Nak dekat sedozen alih pot keje. Maksimum keje pun sampai sebulan. Lepas tu, cabut jadi kutu balik. Lepak kedai James tak pun mapley Sunway ataupun Carlos USJ8. Borak-borak, kutuk-kutuk member, bincang bola ngalahkan Shebby, main futsal pau duit member, tengok wayang free sebab member keje TGV, main Winning E hari-hari, balik kena sembur mak bapak, buat selenga, ulang balik lepak, sampai la Subuh, ulang balik lepak. Hampeh! Sehampeh-hampehnya! Hujung-hujung karier aku sebagai kutu, aku ambik keputusan nekad.

Kalau Nicol David baru umur jagung-jagung tu dah boleh dapat Dato, takkan gua nak ketinggalan dan hanya tua sebagai atuk! Aku berenti jadi kutu full time dan hanya pilih jadi kutu bila perlu sahaja dan bila keadaan memaksa. 5 tahun berikutnya, aku mengorak langkah persis pendekar muda yang baru pulang berguru dengan AdiPutra, Sang Aria Putera dan Sang Persata Nala di Puncak Ledang nan keramat itu! HAIIPPP!!!

Sekarang dah 2008. Aku dah belajar-belajar sikit dengan 'orang' yang ada-ada. Dengan pengalaman. Dah jumpa kaki-kaki seniman hidup macam aku. Akhirnya, terbit satu wawasan yang jitu nan kebal : "Ni kalau tahan sikit lagi ni, sabar sikit lagi ni... jap sikit lagi ni, ada la Tuhan nak bagi something ni", bisik pujuk hati aku ni yang dah mula masak dan paham perangai planet bumi yang dah nak pupus ni.

Pagi tu, aku balik rumah sambung tido dengan satu wawasan yang baru.

Ulasan

aku masih ingat rumah Bob kat mana.
aku masih ingat, aku lah the only pompuan yang bertungkus lumus marinate ayam segala and in charge F&B untuk sesi BBQ tergempar. penat seyhh. tapi puas hati. tu zaman skandal kita kan?

aku ingat zaman James more than anything. aku ingat masa kita pegi PD. aku ingat zaman kita takde duit, hari2 aku pegi amik kau kat rumah untuk pegi lepak tapi sebelum tu kita combine duit tengok brapa sen kita ada hari tu untuk di share bersama2. hahaha, ada duit makan goreng2. takde duit makan roti bakar.
faizalmukhtar berkata…
[zeekaa]

ya. sememangnya hidup sebagai biduan jalanan memang sentiasa ada kenangan pasang surutnya...

skandal buatan orang, bbq cowboy, lepak ngalahkan ahli politik, tiba2 jadi pakar ekonomi sebab duit macam hampeh dan lain2 lagi.

* memang haramjadah hidup 2004, nasib baik dah jadi orang!
Tanpa Nama berkata…
if only i could borrow a time machine from mr wells, i wouldn't have lost a bestfriend
faizalmukhtar berkata…
[anonymous]

well, mr.wells... he doesnt own any by the way. I, on the other hand, do have. but any other thing or so, it cant alter fate. only time.