Hidup(kan) Komik. Hidup(lah) Filem

Membesar dan didedahkan pada dunia komik serta filem dekad 80an, saya tertarik untuk menunggu kehadiran semula filem ini selain CONAN.

BAHAGIAN 1

Sebagai seorang penulis, saya gemar dan sering berpegang pada prinsip 'visual storytelling' sebagai salah satu daripada fundamental karya-karya saya. Kerana itu, medium seperti komik dan filem itu menjadi wahana utama bahan kajian atau 'source material' saya. Sejak akhir-akhir ini, iaitu membawa kira 10 tahun kebelakang dan mungkin jua kalau diramal 10 tahun yang akan datang, kedua-dua entiti komik dan filem nampaknya sangat serasi digandingkan untuk tatapan khalayak. Ini terutamanya kepada warga komik dan warga filem yang dambakan pembaharuan segar dan perkasa pada pendekatan yang tersebut.
Saya bukannya ingin berbicara soal scenario film-making nasional mahupun premis komik-komik buatan Malaysia. Itu saya akan selidiki dalam tulisan-tulisan saya yang akan datang. Cumanya saya tertarik dan berminat berkongsi ilham ini kepada semua seraya melihat gigihnya dua gergasi komik antarabangsa(yakni MARVEL dan DC) mempersembahkan ideologi kreatif mereka kepada audien yang lebih gempita iaitu audien filem.

Jelas ini menunjukkan satu inisitaif yang positif dan membanggkan kerana saya sendiri ialah seorang kaki-komik dahulu, dan penggiat komik sekarang. Begitu juga dengan progresif dan agresifnya pasaran Hollywood yang dilimpahi dengan cereka-ceraka adaptasi komik dan novel grafik. Nah! Sekarang ini dunia perfileman sudah kenal siapa itu Stan Lee, Alan Moore, Frank Miller dan ramai lagi ikon-ikon komik.
Hari ini sahaja, sedang saya meluncuri laman web seperti sehari-hari yang sebelumnya; ada dua buah filem yang sedang dalam pre-produksi 'kencang'. Satu adalah filem ROBOCOP terbaru yang akan digilap semula intisari ceritanya menjelang 2010. Dua adalah filem IRON MAN 2 yang mengutip sejumlah USD$538 juta setakat ini, yang juga bakal di pawagam 2010. Malah berita-berita umpama ini datang bersilih-ganti, dengan pelbagai update-update yang menarik hati 'fanboy' seperti saya dan barangkali juga anda. Ini belum lagi diceritakan tentang perkembangan terkini filem adaptasi komik yang lainnya seperti WATCHMEN, WOLVERINE: ORIGINS, G.I JOE, THE SPIRIT, PUNISHER WAR JOURNAL, HE-MAN dan banyak lagi. Bagi sesiapa yang tegar mengikuti laman blog saya ini, pastinya sudah sedar dengan kemunculan Tony Stark(Iron Man), Steve Rogers(Captain America) dan seorang watak superhero misteri dalam filem INCREDIBLE HULK yang bakal muncul di pawagam esok *(bagi yang belum, sila rujuk entri Isnin lepas).

JADI : Apakah ini satu petanda besar bahawasanya industri komik dan Hollywood sudah sepakat serta bersedia untuk ke peringkat yang lebih berani juga berisiko setakah ke atas dengan mewujudkan karakter superhero lain ke dalam filem mereka(bukan SATU malah DUA-TIGA!)? Kenapakah hanya Marvel sahaja berbuat demikian sedangkan Superman, Batman, Wonder Woman, Flash, Green Lantern dan banyak lagi karakter milik DC mempunyai sejarah lebih lama tidak pula mengikut jejak langkah Marvel? Bagaimana pula dengan takdir premis-premis komik selain Marvel dan DC? Siapa yang lebih mendapat manfaat: pengkarya, tycoon media atau penonton? Ini antara soalan-soalan lazim kedengaran yang sewajarnya harus dijawab.


Nantikan sambungan artikel ini di BAHAGIAN 2 kelak.


Aku dah tengok INCREDIBLE HULK. Perhatikan beberapa hidden easter-egg / cameo / homage dalam filem ni nanti, malah lebih banyak dari filem IRON MAN itu hari.

















CLUE :
The Leader, Doc Samson, Super Serum, .... .....

Ulasan

MaxSIZ berkata…
mr faizal,nevermind the order that i sent to u via email,i already bought the graphic novels at mind shop...sorry,maybe next time?
yip man berkata…
hidup comicgt