Solilokui: Senaskah. Sehari

Rata-rata orang di muka bumi ini hanya mahu lihat perkara yang mereka suka dan ingin lihat sahaja. Begitu juga dengan perkara yang mereka mahu dengar, mereka hanya pilih yang mana berkenan. Lagi elok dan lagi bagus kalau perkara itu sempurna dan tidak punya cacat-celaan langsung padanya. Bukan, aku bukan menulis tentang orang-orang perfectionist jauh lagi manusia-manusia purist. Aku menulis sebab kebelakangan ini; keramaian orang di muka bumi ini tidak dapat menerima (secara rela atau redha) perihal kekurangan atau ketidak-sempurnaan alam ini. Mereka makin ligat jadi kritikus tanpa ada sebab-sebab yang kukuh dan solid. Sekali lagi; aku juga bukan menulis dari sudut politikus/polemik usang atau mana-mana orde baru dunia yang makin meruncing keseimbangannya. Orang lagi suka menyalahkan orang lain dan lagi berminat untuk menyalahkan ketentuan yang telah ditetapkan oleh alam ciptaan Tuhan. Rohani dan batin manusia itu sendiri sudah makin jadi fickle dan fragile. Keperibadian berdolak-dalik. Tidak tetap hati. Jiwa kacau. Siapa orang-orang ni? Kenapa sudah lupa untuk panjatkan rasa syukur? Mengapa mesti ada dwi-standard dalam perhubungan sesama manusia? Ya, aku telah sedia maklum yang usia duniawi alam ini sudah hampir ke penghujung zamannya...

Tetapi,

Bukankah hidup ini satu perjuangan dan pengorbanan atas nama kecintaan kau dan aku?

Ulasan