Balada di tengah hari.

Sekali lagi berada di tengah-tengah ruang kelompok intelektualisme. Kali ini bukan untuk memberi ujaran dan syarahan tapi sekadar melihat-melihat peristiwa. Tergerak untuk menulis kerana rasa terhutang pada ramai orang. Tambahan lagi semalam, ada banyak cerita untuk disampaikan serta dikongsikan bersama.

Musyawarah itu perlu terutamanya dengan insan-insani yang punya 'karamah' tinggi tentang hidup. Terima kasih aku buat semua yang memahami dan juga; mengetahui. Aku selesa dan bersedia untuk ujian kali ini - sekali lagi - seterusnya.

Semangat dan pedoman kalian jadikan tangkal azimat dan mantera sakti. Agar kita sama-sama mendapat kekuatan itu.

Kun FayaKun

Ulasan