Manifestasi Malaysia

Menjelang pukul 3 pagi, aku sudah pun tahu keputusan muktamad di kawasan ini. Siaran TV, warta akhbar dan saluran internet disemak berulang-kali dan berselang-seli untuk kepastian. Jadi, sudah ketahuan jugalah bahasawanya rakyat sudah muafakat dengan suara majoriti - Itulah pilihan mereka. Dan aku pun terus tidur kerana yakin dan pasti, perkara ini akan berlanjutan hingga keesokan harinya. Jam 10 lebih, aku bangun dan ternyata ada lagi yang belum selesai. Banyak juga rentetan sejarah yang berlaku. Aku otomatik jadi curious. Aku bersiap untuk pergi ke Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain (lebih tepatnya; Gardens dan MidValley) untuk meninjau-ninjau serta memerhati persekitaran dan suasana Malaysia sehari selepas tamat PilihanRaya. Dan jelas benar seperti yang dikatakan orang tua aku satu masa dulu. Sama sahaja. Tidak kira siapa pun yang menjadi wakil kepada rakyat. Orang ramai masih keluar berhujung minggu. Yang berkeluarga, yang berpasangan, yang beracara sana dan sini. Semua seperti sediakala dan seperti sebelumnya. Tiada beza yang langsung. Aku pun masih boleh beli komik macam biasa tanpa ada apa-apa kesulitan.

Aku buka mata lagi. Agenda Malaysia hanya satu. Dan aku bersyukur Malaysia masih Malaysia.

Ulasan