[ ACT 1. ]

Faris adalah perlambangan dan simbol diri aku yang dirasakan sangat prominent dalam kehidupan. Dia ada memberi semangat dan 'jiwa' supaya aku dapat teruskan perjuangan. Ada banyak kesempatan, yang aku sendiri lalui dan alami bersama-sama Faris yang terasa align sekali dengan diri. Sealiran dari beberapa sudut yang relevan. Suatu pengorbanan sedang berlaku sekarang. Pemergian Faris telah menjana satu lagi 'semangat' buat aku. Sekiranya aku ini seusia dengannya dulu, aku tidak sama sekali mempunyai kekuatan semacam mana yang dipunyai Faris. Alasan demi alasan akan timbul. Tapi Faris... dia dianugerahkan sebuah panji keperwiraan yang tinggi kerana 'berlalunya' Faris dalam hidup aku ibarat menguji kekuatan batin dan alamiku jua. Pada zahirnya, mungkin aku dilindungi ego dan rasa 'keakuan' tapi jauh di dalam, hanya Tuhan yang aku dambakan segala kekalutan dan kekusutan ini. Perasaan sebak dan hiba ini adalah bersifat sementara barangkali. Kesedihan itu juga adalah perspektif perasaan pada masa itu dan pada waktu itu. Apa yang aku harapkan sekarang, Faris dapat jadi yang terbaik dalam yang terbaik; baik untuk diri sendiri, baik untuk keluarga, baik untuk segala-galanya. Dia yang aku lihat dan dia yang aku kenal punya satu pemberian dari Tuhan yang tidak ada pada orang lain. Itu adalah keistimewaan manusia, jiwa seorang insan. Ada kalanya dia dibekalkan bakat. Dan ada kalanya juga, dia dihadiahkan ilham dan dikurniakan inspirasi. Aku bertuah dan bersyukur Faris adalah sedarah dan sedaging aku. Apa yang dia rasa, aku rasa. Apa yang dia tahu, aku tahu. Sehinggakan kefahaman antara aku dan dia juga, jarang-jarang wujud antara aku dengan orang lain. Hanya pada dia dan dia sahaja. Kiranya semua sudah 'tertulis', dan kiranya itulah yang 'tertulis', maka aku redha. Dan keredhaan ini akhirnya akan aku abadikan bersama amali. Esok siapa yang tahu. Aku serahkan segala ketentuan dan takdir kepada Yang Maha Esa. Kerana pada Dia-lah jua akan bertemu jawapan nanti akhirnya. Insya Allah.

Ulasan