Oh. Hidup ini kadangkala banyak pertembungannya dengan Ironika yang tampak menarik.

Uh-La-La

Semalam. Aku baru habis menonton Jumper dan Justice League: New Frontier disertai juga dengan versi Knight Rider yang terbaru. Terdahulunya, 10 minit previu ringkas Batman: Gotham Knights yang bakal keluar selaras filem The Dark Knight kelak telah di lihat dan nampaknya memeberangsangkan kerana ianya hadir dari pembikin The Animatrix. Kemudian, bila selesai bercakap dengan Fairul Nizam perihal Komikoo, villains, cereka berbahasa Melayu, Kundera, Garcia Marquez dan Carver melalui YM semalam, aku semak-semak perkara yang perlu diperlakukan segera dalam masa yang terdekat seminggu-dua yang berikutnya. Mungkin kerana perbualan itu sedikit sebanyak menggegarkan cerebral cortex aku. Esok ada sessi kedua temubual radio KLFM; kali ini bersama Gecko dan Zool pula. Jangan lupa mendengar jam 3 petang seperti biasa sebelumnya (minggu depan giliran Tangh dan Jimi). Pra-produksi filem pendek akan masuk peringkat produksi dan penggambaran prinsipal bulan hadapan. Kini - sedang rancak berbincang soal logistik, penjadualan dan sebagainya. Setakat itu sahaja barangkali untuk update kali ini.



Dan bercakap tentang Tangh dan Jimi...


Dalam entry lepas, aku ada reveal bagaimana Marvel telah mengambil imejan Tangh untuk watak Luke Cage dalam New Avengers lukisan Leinil Yu semasa Civil War berlangsung...

Saling tak tumpah macam Tanglong, sedara-sedari sekalian. Lihat sahaja alis mata dan bibirnya yang manis itu. Huha!~


Dan kali ini, satu lagi PENDEDAHAN baru. Juga dari suspect yang sama.

Adaptasi watak Jimi dalam Superman: Birthright (isu #3) sebagai Clark Kent pasca-Smallville. Ya. Penggemar-penggemar komik sekalian, sila semak semula konspirasi yang sedang berlangsung ini.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bull-Crap, all full of Bull-Crap!!
Faizal Mukhtar berkata…
[Jeremy]

Aku tau sangat sapa yang tulis ni. Dasar penjajah... NGuahahah!!!
Tanpa Nama berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
butterfly85 berkata…
Anda telah ditag oleh cik rerama! kui3

http://butterfly85.wordpress.com/2008/02/21/tag-lagi/
ana (^.^) berkata…
hampeh...poyo jerk..huhu :P
Faizal Mukhtar berkata…
[Ana]

Pedulik hapa aku... NGUAHAHAHA!!!