Walimatul Urus, adindaku.

Ya. Dengar sini kerana saya ada pengumuman penting untuk disampaikan kepada semua. Saya akan berada di Kedah selama 4 hari mulai esok untuk menghadiri dan menjalani majlis gilang-gemilang serta penuh bersejarah adik saya iaitu pada tanggal 3 Februari 2008, Ahad ini. Pada mereka yang ingin datang dan memeriahkan majlis bolehlah berbuat demikian pada majlis persandingan pada minggu yang berikutnya pada 10 Februari 2008, Ahad yang akan datang.

Maka dengan itu berkemungkinan tidak ada entry di blog ini untuk esok dan tiga hari berikutnya.

Sama-samalah kita mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan adik saya yang bakal melangkah ke alam rumahtangga sedikit masa lagi. Semoga mereka berdua kekal bahagia sehiggalah ke akhir hayat adanya.

( Dan untuk melebarkan lagi tulisan saya, doakanlah kebahagiaan saya bersama CINTAHATI saya yang juga bakal menempuhi alam itu pada masa dan ketika yang akan ditetapkan dan ditentukan Allah SWT kelak. Macam selalu, 'Kita merancang, Tuhan menentukan, Sama-samalah kita doakan dan usahakan'. Tunggu sajalah pengumuman dari saya atau mana-mana media massa bila sampai tarikhnya nanti )

Jaga diri baik-baik dan jangan lupa baca Bismillah bila makan nanti

Ulasan

ixora berkata…
Kedah?? Kelana Jaya?? oh.. kebetulan. hehe.

erm,kedah tang mana tu?
Faizal Mukhtar berkata…
[ixora]

Bukit Berapi,
Sungai Petani KEDAH.
ixora berkata…
Oh, Sg Petani.. nnt mai la singgah Pendang.
KLfm berkata…
djnazie: Tak saba nak nengok, sobat aku yag sowang ni plak naik pelamin... lagak biar teratur ya, terutama tyme makan beradab... jangan la aksi resakse lazarus ko tiba tyme ko menikah nanti, pezal oii!!!!

belanja aku beli dvd pezal, ko dah loaded skg kanz... huhu!

nak heroes season 2 & DH season 2 tengkiu!
Faizal Mukhtar berkata…
[ixora]

InsyaAllah.

* * *

[DJnazie]

ini sudah melarat... Chaiiiss!