Otak kiri . Otak kanan. Otak kiri ( U P D A T E D )


UPDATE :
Award-winning songwriter Rosli Khamis, better known as Loloq, is in stable condition yesterday following an operation to remove a blood clot in his brain. He underwent surgery at the Damansara Specialist Hospital in Petaling Jaya. Loloq was admitted to the hospital’s Intensive Care Unit (ICU) at 6am on Sunday and was reported to be in a coma.

A frequent collaborator with singer, songwriter and composer M Nasir, Loloq’s lyricals are ever-mesmerizing. Yesterday, M.Nasir said he was happy that Rosli had shown signs of improvement and prayed that his fellow Singapore-born will be getting better soon.

Today, Loloq is no longer with us

AL-FATIHAH for the genius and mastermind of LoloQ, 50 years old of age which has returned to Rahmatullah on 30/1/2008 at 1.37pm Noon.

( Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya )

p/s : Juga yang pulang ke rahmatullah ialah bekas Mufti Besar Selangor, Dato' Ishak Haji Baharom

* * *

Kalau nak dikira dan nak dihitung ketentuan Qada' dan Qadar Tuhan itu, sebagai manusia kita tidak mampu dan tidak dapat menilai kebenaran serta hikmah yang terhijab disebalik kejadian. Dan kalau mengikut perkiraan space/time continuum yang dipetakan oleh otak kiri aku ni, dah sampai masanya aku berhadapan dengan klise lagi. Aku selalu sahaja menjangkakan untuk bersedia-saja menghadapi sebarang kemungkinan. Mungkin kejadian malam tadi menyedarkan aku tentang soal tanggungjawab. Tentang soal kehidupan bersosial dengan orang lain. Tentang amanah Tuhan yang diberikan kepada aku sebagai seorang manusia marhaen biasa. Aku bukan jenis orangnya yang percaya pada masalah. Aku lebih suka melayan ujian dan kecabaran yang datang. Dan malam tadi, selalunya apabila ujian dan dugaan itu medatang, aku duduk diam dan terfikir panjang. Kenapa kadang-kadang (atau selalunya) kita mudah lupa tentang soal-soal tanggungjawab? Apakah peranan kita sebagai khalifah bumi yang hakiki ini? Makin dalam aku mengenangkan perkara-perkara ini, makin banyak rupanya yang aku persiakan. Yang paling banyak aku bazirkan sejak dari dahulu lagi adalah 'masa' (antara kurniaan terbesar Tuhan adalah masa). Malam tadi aku lena dalam 'kesedaran'. Bangun pagi awal ke pejabat, dan aku diberitakan tentang laporan ini. Satu lagi ujian dari Tuhan dan tanda ingatan tentang Qada' dan Qadar :

" Penulis lirik dan pelakon terkenal, Rosli Khamis atau Loloq, kini dilaporkan terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan pakar terkemuka di sini.
Sumber memberitahu, Loloq kini berada dalam keadaan tenat serta kritikal dan agak membimbangkan selepas menjalani rawatan kecemasan semalam akibat darah beku dalam kepalanya. "

Sekali lagi aku duduk dan berfikir. Kali ini mungkin lebih panjang berbanding ujian malam tadi kerana visinitinya bertambah luas.

p/s: Loloq adalah salah satu penulis yang aku follow. Sebab besarnya mungkin kerana aku follower besar M.Nasir. Dia selalu ada dua, mesti ada dua. Macamana aku minat Aaron Sorkin, dia kena survive dan menjadi dengan William Goldman. Macamana aku minat J.J Abrams, dia kena survive dan menjadi dengan Damon Lindelof. Kalau tak partnership, mesti ada hubungan mentor/protege. Tapi wajib dua. Semoga keadaan Loloq akan kembali pulih seperti sedia kala.

video

Watch this.

Ulasan

eh, nuffnang dah membuahkan hasil belum?
Faizal Mukhtar berkata…
[Zeekster]

Bukankah itu maklumat persendirian? Tapi kalau kau nak jugak jawapannya, jawapannya adalah belum. HEK!
Tanpa Nama berkata…
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=736&c=1&s=1
Tanpa Nama berkata…
KUALA LUMPUR, 30 JAN 2008: Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi.


Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.


Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi.


"Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau tu LAIN-LAIN ARTIKEL
» Loloq sudah pergi buat selama-lamanya... » Bakal Suami Saya Seorang Duda - Ning» Faizal Kirim SMS Hampa» Loloq Terlantar Tenat, Kritikal Di ICU!» AJL22- Magik Estranged Terserlah!» Faizal Tetap Beri Saingan Dalam ABPBH07» Duyung menyiksakan Maya Karin» Ziela Redha Pemergian Megat Junid» Syarat Pengganti Yasmin Hani» Ayah Rosyam Nor Meninggal Duniarut berada di sisi Allahyarham," kata Hattan.


Ramli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.


Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak, boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.


Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).


Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.


Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin...