Bila batuk aku kering, membran kepala aku pun jadi kontang (sikit)

For those who waited for the Heath Ledger condolence overview and obituaries, I am so sorry. Aku tak sempat nak buat semalam sebab internet server kat office takde dan ini tidak memungkinkan aku untuk berbuat apa-apa. Sorry sekali lagi. Then I remembered, kat rumah nanti aku akan bikin sikit posting untuk hari ni lepas tengok wayang, lepas temankan Zool cari barang art dia kat Shah Alam. Nasib baik kat rumah ada line internet hasil inisiatif adik-adik aku. Tapi ada cabaran lain pulak rasanya... komputer kat rumah ni agak 'manja' sikit. Ada saja kerenahnya. Kambing Betul!

Difikir-fikirkan balik, aku rasa dah basi kiranya aku menulis tentang pemergaian Heath Ledger. Apa yang cuma aku nak cakap kat sini ialah 'Selamat Tinggal', semoga sukses filem Dark Knight terakhir lakonan kamu dan Long Live Sex, Drug, Rock and Roll (Waitaminit! Yang ni bukan aku yang cakap. Tapi budak Portugis se-office dengan aku yang tak reti nak tutup mulut bila ada aje hype pasal komik atau filem atau toy kat internet. Ah! Lantak). Selain tu, rasanya tak ada apa-apa lagi yang penting perlu aku update kat sini. Minggu depan mungkin ada beberapa entry menarik seperti wedding adik aku kat Kedah, keluaran terbaru Komikoo, Ultimates 3 #2 dan apa-apa entah lagi yang aku sendiri pun tak tau. OK! Ingat pesan Mak Ayah dan jangan lupa basuh kaki sebelum tidur.

Ulasan