THE TOP 10 OF 2007

# NUMBER 10 :

GILA WAYANG, GILA KOMIK

Pada tahun ini adalah tahun yang agak dijangka ‘gila’ dengan acara-acara filem yang sebahagian terutama besarnya datang dari Hollywood. Maka ini adalah (sekiranya tidak ada yang tertinggal pada perkiraan saya) senaraian filem yang ditonton setakat sepanjang 2007 ini mengikut urutuan abjad alphabetum latin:

300
30 DAYS OF NIGHT
ALIENS VS PREDATOR: REQUIEM
BALLS OF FURY

BEE MOVIE
BEOWULF

BLADES OF GLORY
BOURNE ULTIMATUM
THE BRAVE ONE
ENCHANTED
FANTASTIC FOUR: RISE OF THE SILVER SURFER
FREEDOM WRITERS
GHOST RIDER
GOLDEN COMPASS
HITMAN
I AM LEGEND
THE LAST MIMZY
LIVE FREE OR DIE HARD @ DIE HARD 4.0
MEET THE ROBINSONS
MR.BEAN’S HOLIDAY
MR. MAGORIUM WONDER EMPORIUM
MUSIC AND LYRICS
NATIONAL TREASURE 2: BOOKS OF SECRET
NEXT
OCEAN’S 13
PATHFINDER
PIRATES OF THE CARRIBEAN: AT WORLD’S END
RATATOUILLE
SHREK THE THIRD
SIMPSONS THE MOVIE
SMOKIN’ ACES
SPIDER-MAN 3
STARDUST
TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES
TRANSFORMERS

Ini pula adalah senaraian filem-filem yang pada asalnya dicadang atau hampir-hampir ingin ditonton tetapi tidak kesempatan malah tidak kesampaian untuk menikmatinya hingga ke hari ini:

1408
28 WEEKS LATER
ACROSS THE UNIVERSE
AMERICAN GANGSTER
THE DARJEELING LIMITED
DAYWATCH
DISTRUBIA
HANNIBAL RISING
HATCHET
HOT FUZZ
THE INVASION
THE INVISIBLE
THE JANE AUSTEN BOOK CLUB
THE KINGDOM
LETTERS FROM IWO JIMA
SUNSHINE

Tidak dilupakan juga beberapa siri televisyen yang dirasakan layak mendapat perhatian saya sepanjang 2007 ini: HEROES 2, SMALLVILLE 7 (*Nota: SMALLVILLE EPISOD 5 mungkin episod TERBAIK pernah ditonton!), LOST 3, KISAH KAISARA, KELAB DISNEY MALAYSIA RAYA SPECIAL, REMAJA dan lain-lain yang berkemungkinan sengaja tidak disenarai disini. Sekiranya diamati pada susur-galur perjalanan serta rentak perjalanan Hollywood kebelakangan ini, ianya masih lagi berputar sekitar cereka-cereka adaptasi komik ke filem. Selera yang nampaknya masih dan tetap mendapat sambutan 5 tahun sebelum ini dan rasa-rasanya tidak keterlaluan untuk tempoh 5 atau 10 tahun yang mendatang. Tidak sia-sia dan diperlekeh langsung terlibat dalam profesion ini.

Terlanjur bercakap perihal komik, banyak juga komik-komik menarik yang zahir ada sepanjang 12 bulan yang berlalu dalam 2007. Mari kita semak apa peristiwa serta cerita menarik dalam pengamatan dan bahan bacaan komik saya. Ini senaraian puncak sepuluh (TOP 10) :

  1. X-Men dan konco-konco serta anak beranak yang ada kaitan dan pertalian darah dengan generik atau genus mutant sudah hampir kepupusan gara-gara tragedi House of M. Ceritanya tersurat dalam Endangered Species dan yang mutakhir; Messiah Complex
  2. Alex Ross kembali kepangkuan Marvel selepas 13 tahun berkhidmat untuk DC Comics secara eksklusif.
  3. Siri Ultimates(1 dan 2) hasil gabungan karyawan komik Mark Millar dan Brian Hitch(barangkali komik paling bagus pernah dihasilkan Marvel lewat-lewat ini) selesai dan tamat. Sangat di-syorkan kepada mana-mana pembaca komik baru dan lama, rookie atau veteran.
  4. Joe Madureira(orang yang bertanggungjawab menaikkan semula semangat saya membaca komik semasa zaman gawat komik akhir 90an) kembali dengan kelibat karya Ultimates 3.
  5. Perang saudara CIVIL WAR Marvel tamat(?). Penyokong dasar Iron Man menang. Pasukan pemberontak Captain America kalah.
  6. Captain America mati ditembak oleh kekasih sendiri. Cinta itu kadang-kadang memang buta dan membutakan. Maka celik dan segar-sedarlah dalam bercinta.
  7. Hulk mengamuk teruk selepas dibuang daerah oleh sahabat-sahabat sendiri kerana dia gagak dibending dan bakal menjadi onar semasa perang saudara Marvel. Rujuk Planet Hulk dan World War Hulk.
  8. Lepas perang saudara, tahun depan perang alien pulak buat Marvel(Secret Invasion).
  9. Sinestro Corps War mungkin saya abadikan sebagai crossover komik terbaik 2007 yang saya belum baca.
  10. Akhirnya, dapat jua saya merasakan nafas nikmat keberadaan di dalam PREVIEWS - perantaian edaran komik antarabangsa tersohor di dunia. Alhamdulillah.

p/s: Selain itu, makan tengahari tadi – saya, Gecko dan Tangh sepakat tentang 5 siaran wajib tayang sepanjang musim perayaan : SARKIS, STUNT, MAGIS, AWARD dan TELEMATCH.

Fakta 'Tahukah Anda?' untuk Hari Ini

Berapa ramai diantara kita yang tahu sebenarnya saudara kita Tangh pernah muncul memegang watak Luke Cage/Power Man dalam komik New Avengers isu #22 ?

And now you know !

Ulasan

myownmind berkata…
aku rasa kelakar gile x hengat masa tengok HUlk kena campak ke angkasa tue.. wahahahaa.. sian betul..
Faizal Mukhtar berkata…
[myownwind]

mungkin pada masa itu tidak ada satu pun adiwira duniawi yang punya kesedaran bahawasanya dengan melaksanakan perintah buang daerah kepada Hulk akan membawa musibah kelak. nak buat macamana, bak kata pepatah Melayu lama 'Kecik-kecik taknak mampos,bila besar dan jadi hijau pastu gila-meghoyan,menyusahkan orang pulak.' Aheheh!
gayour berkata…
tahukan anda
sepatutnye pelukis komik ( dan penerbit ) hari ini berupaya menerbitkan komik single memasing setiap bulan seperti yang pernah berlaku pada zaman emas industri komik tanahair tahun 70an hingga awal 80an dulu. komik yang benar-benar beridentitikan malaysia. yang benar-benar mempunyai jati diri semangat hang tuah lima bersaudara! kat mana silapnye ye?
Faizal Mukhtar berkata…
[gayour]

maksud anda zaman komik 'media seni' yang sangat hebat itu?! YAAAHHHH!!!

...dan sbenornye, aku rasa takde sapa takde apa yang silaplah Gayour.