Satu Hari di Hari Raya... 2007 : PART TWO

Previously ...

It was a visit to the kubur on Hari Raya ---
And now... the adventure continues !
The atmosphere was remarkably calm and peaceful. Having all the essential elements of Aidilfitri. Utter and absolute serenity.
But being here almost once a year, we lost track. It took a few minutes to make sure it was the kubur we were looking for.
Ahah! Jumpa pun kubur Atuk dengan Nenek...
Al-Fatihah

Moments later, the journey resumed elsewhere...

Satu-satunya Atuk kitorang yang masih ada. Sampai aje rumah Atuk, aku terus terjah dapur! BELASAHHH !!!

Aku dah lapar! Ni gambar pusingan yang ke berapa ntah, aku pun tak ingat.

Rumah BARU Mak Long
(nanti aku cerita apa jadi kat rumah lama dia...)

Keropok tempe! Only on Raya.

Ni kalau aku kecik lagi ni, duduk kampung pulak tu --- GAHHH!!!

This is just one of the many cannonade used by our kampung infantry during the Raya season. Ada buluh, batang paip, besi ... Malam-siang, especially Raya pertama tu memang macam war zone!

Rumah lama Mak Long yang aku cakap tadi...

Bukan sebab terbakar terkena mercun atau bunga api,

Tapi memang ujian Tuhan kita tak tau bila dia datang. Redha aje lah kan? 40 tahun dah rumah ni dan umurnya berakhir hujung bulan puasa baru ni.

Banyak jugak memori aku yang tersimpan kat sini. Jadi yang tertinggal hanyalah kenangan.

Pak Long cakap dia nak re-build balik as soon as possible. Aku kagum semangat orang kampung macam Pak Long dengan Mak Long sebenarnya : "Life goes on no matter what".

Petang raya tu hujan sikit. Kadang lebat, kadang renyai.

Bapak aku membesar kat sini. Rumah ni lagi lama dari rumah Mak Long. Lebih 50 tahun aku agak. Takde orang tinggal sejak Atuk dengan Nenek takde. Siapa belajar dengan aku masa kat ITM dulu mesti kenal kereta biru tu... Hehe! Dan bercakap pasal kenangan dan kemajuan,

Sebab dah lama tak balik kampung, aku terkejut bila tengok ada satu projek perumahan sebelah rumah Atuk. Chantek aje betul-betul tepi rumah!

Tak sangka. Kesan pembangunan terpercik kat sini.

Pak Long belah bapak aku, rumahnya betul depan rumah arwah Atuk. Dia banyak bukak cerita dan rajin kongsi cerita. Sampai takde orang nak layan kecuali aku yang kuat melayan orang-orang macam dia! Pak Long... Pak Long.

Last stop hari tu... rumah Mak Ngah. Masa ni battery dah low. Aku dengan konco-konco terbongkang depan TV. Macam tahun sudah hampa sebab takde sarkis kat TV. Rindu zaman sarkis special Hari Raya.

Masa untuk balik rumah...

Jumpa lagi kawan-kawan sekalian! Huhuuuu...


BERSAMBUNG...

Ulasan

zool berkata…
knapa mata spongebob warna merah? mcm setan je a.k.a. hantu raya...

hmmmmmmmm.....™
FaizalMukhtar berkata…
[zool]

semangat hantu raya dah meresap ke dalam spongebob! Ya... lepas bulan puasa banyak hantu terlepas dah.

Ngahaha!!! Betapa detailnya kajian orang yang buat standee tu!
Saudagar Mimpi ... berkata…
Selamat Hari Raya En Faizal!
Sponge Bob pun raya gak eh!
FaizalMukhtar berkata…
[saudagar mimpi]

Barangkali Spongebob itu adalah seorang Muslimin!

Selamat Hari Raya jua buatmu.