RAYA 2007

PERUTUSAN HARI RAYA AIDILFITRI
MANIFESTASI MIMPI - FAIZAL MUKHTAR
1 SYAWAL 1428H / 13 OKTOBER 2007

" Assalamualaikum "

Alhamdulillah... pertama-tamanya marilah kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT yang dengan izin dan limpah kurnia-Nya, telah dapat kita sempurnakan ibadah puasa sekali lagi dalam keadaan aman dan damai di negara kita yang tercinta ini. Walaupun di antara kita ada yang berpuasa di dalam suasana dan emosi yang jauh lebih mencabar dan tercabar, penulis mendoakan agar semua itu akan menjadi penyebab bagi kurniaan rahmah yang lebih lumayan dari yang Maha Esa.

Namun sentuhan Ramadan tahun ini telah juga berjaya menonjolkan ciri-ciri anggota zahir dan batin supaya lebih banyak bersabar dan berserah dari menyerlahkan kepentingan peribadi. Umpamanya, disamping menghidupkan Ramadan dengan ibadah, kesedaran dan keinsafan... kita juga menyaksikan usaha-usaha lebih gigih oleh kita semua untuk mengukir senyuman di hati bagi meringankan beban dosa dan noda ini.

Syabas penulis ucapkan kepada semua mereka-mereka yang telah berpegang teguh kepada tuntutan agama ini. Pada masa yang sama penulis ingin berpesan supaya lebih ramai yang mampu akan mengikut jejak langkah ini ( terutamanya diri ini yang masih lagi terus belajar untuk ‘hidup’ dan berjuang demi 'cinta' )

Pada menjelangnya hari yang berbahagia ini di samping kita meraikan kemenangan perjuangan bulan Ramadan dan yang lanjutnya di suasana Syawal, izinlah diberi peluang memberi ucap selamat buat mereka yang layak menerimanya ---


Untuk Mama dan Babah : Sembah salam dan ampun maaf sebab terlalu banyak dosa dan salah penulis yang tak mungkin dapat diperhitung. Tuhan saja yang Maha Tahu dan dia saja yang mampu membalas budi jasa mereka itu. Penulis kenang pengorbanan ini hingga habis nyawa penulis dan hingga ke hari muktamad kelak.

Untuk adik dan beradik : Korang semua best sebab banyak ajar aku jadi abang yang bertanggungjawab, tapi aku tetap nak mintak maaf kalau ada gaya pengetuaan dan corak pengadilan aku yang kurang kena. Oh! Raya ni kalau nak duit raya kena mintak. Tak mintak, aku tak kasik.

Untuk geng Subang Supreme : Abu, NikNadzru, Affendi (Bob), HafidzNasir, Ali, Najib, Afdal, Azli, Ita, Zeekaa, Zaki, Humaizi, Hanan, SaidGile, Ariff, Fendi, Fairuz, Reyhana, Emma, Wani, Elisha, Suzanna, Izwaa, AdzaAniz, Shahiran, Naqi, Fauza, Lob, Husaif, Alizan, Shuib, Emi Efeezam, LailiAdlna, SophiaSuraya, Fizlee, Erman, Kahlil, Harris, Asrol, Bijan, Redu, Lidia, Zaid, Noraini, Nazila, Ijad, Suhaiba, Umi Nadia, Hanafi, Shazri, Jazri, Tun Fatimah, Natasha, Zack, Fazli, Mustakim, Mustazim, Zikree, Zul, Hafiz, Deelaila dan rejimen-rejimen seangkatan kat Sekolah Sri Subang / Subang Utama termasuklah mentor dan cikgu-cikgi kat sekolah, budak-budak bola padang 7-11 kat SS18, kroni-kroni James Bistro kat SS19, kartel-kartel komik aku kat Comics Corner, Mind Shop ngan DreamHutt, semua yang ada atau tiada dalam lingkungan komuniti friendster aku dan keseluruhan individu yang pernah ada human atau inhuman contact secara direct atau indirect dengan aku. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk geng Ultimate UiTM : Iznan, Botak, Ejai, Amyzaddin, Alfy, Syam, Intan, Anne, Ain, Aini, Che’Nor, Nazi, Zura, Min, Mimi, Norlie, Rozidah, Anas, Emi, Melati, Aishah, Fikri, Moklen, Raihan Fazli, Raof, Nana, Nani, NurHafizah, Zeti, Zurien, Yongster, FaraFauzana semua yang pernah satu kelas ngan aku atau tidak dari zaman Matrix MassComm 1999 sampai MassComm 2003 and beyond ( lu semua memang ‘WORLD’ ), semua senior dan junior aku yang declare ngan tak declare ( aku tak kisah sebab aku pun tak pegi induction! ), lecturer dan sifu-sifu kat fakulti dan segala ‘isi perut’ universiti terulung di Malaysia itu yang terletak di Shah Alam atau sedestinasi dengannya. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk Kabinet Karangkraf dan Kabilah-kabilah lain : Everyone and Everybody ( Kerajaan Karangkraf ni macam satu negara sendiri, ramai sangat orang untuk penulis ni nak ingat ). Special Shout-Out dedication for ex- Comic Clan of the Karangkraf Comic Department – Bro Roy, Bro Apai, Bro Niezam, Bro Gayour, Bro Padi, Bro Lan, Bro Kareno, Bro Aura, NaniHaryani, Aida, Saylo, Fatt, Diana, Deqa, Maman, Adin, Ayiem, Amang, Kobis Bungo, Yama, Linda, Zayla, Nana, Kak Rof, JJ, CK dan geng yang ada dalam former Gen-Y Department : JOM!, G3, KLIK, Bintang Kecil dan e-Baca ( imagination is unlimited! ). Sekali la dengan Opie, Nazri, Liz, Nazim Masnawi dan lain-lain yang ada kat Art Square(termasuklah Fairul NIzam)... Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. ( Sesiapa yang namanya ada keciciran disini, sila kepilkan nama anda didalam ruangan comment yang sedia ada untuk mendapat ucapan maaf secara terus dan telus )

Untuk blogger-blogger, YM messengers dan pengometar-pengomentar (active or non-active) : The Afterworker8, The Legend, The Vovin, The Roy, The Nanzo, The Nik, The Are-Young, The Opie, The AIE,The Gayour, The UJANG, The Niezam The Zid, The Zeek, The Apai, The Aborg, The Amang, The Stilettos, The Tarakucha, The Adijin, The Kromosom, The Tanglong, The Ajif, The Zool, The Zedd, The Lobak, The Azhar, The Perkasa Alam, The Sarah Joan, The Eisu, The Aimo, The Hanie, The Popia, The Jimi, The Aida, The Ixora, The Sufi, The Sharina, The Babazahra' and all the rest. Keep on 'coloring' this part of the world. Sorry and do pardon the not so good side me. Salam semua!

Untuk KLP Komrade : Jack, Jimi, Sufi, Lili, Jeremy, Aizihan, Nad, Nat, Sup, Zedda, Bajak, ZOol, Tangh, Lobak, Adi, Nanzo, Gecko, Yanie, Jasven, Jun, Mahadhir, Sarala, Teh, Rina, Diana, Nora, Razel, Lela, Nurul, Gee, Kromosom, Tarakucha, Roy, Faizah, Ai, Fadhilah, Lulu, Rola, Hani, KG dan semua warga KLP Entertainment yang ada kat dalam dan luar negeri ---


Untuk kawan dan teman yang penulis anggap rakan dan sahabat,semua-semua pun penulis ada buat silap dan salah sebab penulis tau yang aku ni manusia normal ( bukan superhero ). Yang terlepas, terkata, terlanjur, terlalu, terlebih dan terlupa tu... penulis harap semua sanggup dan boleh maaf lupakan. Sebabnya penulis tak nak tanggung ingatan yang bukan-bukan dalam memori penulis ni sebab kapasiti untuk benda-benda yang macam tu dia tak boleh nak simpan banyak-banyak sangat. Kalau overload dia, boleh jadi kritikal.

Untuk ‘dia’ : ( - ---- --- ---- ---- --- ----- ---- ------- )

Marilah kita tanamkan azam untuk terus hidupkan nilai-nilai murni lagi sejagat yang telah kita hayati sepanjang bulan ini seperti kesabaran, keinsanan, keikhlasan, kemurahan hati tanpa mengira dan banyak berkira. InsyaAllah, komitmen dan semangat kita di dalam menegakkan dan menyebarkan kerohanian diri yang sebenar, akan memastikan bahawa risalah yang dibawa oleh 'Al-Amin' akan terus menyentuh sanubari dan menyinari kehidupan setiap insan dan makhluk di dalam alam ini.



Semoga pengalaman 30 hari ini dapat kita manfaatkan untuk mempertingkatkan manifestasi semangat yang ada dalam diri kita semua



" Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin "



FAIZALMUKHTAR
SANG SAUDAGAR MIMPI

Ulasan

nama aku salah eja.

pastu aku patutnya ada dalam kategori geng subang, geng blog AND geng UiTM !!

and geng the afterlife.

masyallah, dah 13 (and counting) aku hidup dengan kau rupanya !!!

tolonglah carikkan aku kawan lain.
*13 tahun.

tertinggal.
aku sorang je ke yang baca blog di ambang raya nih?
FaizalMukhtar berkata…
[zeekaA]

1. Dah. Aku dah betulkan dah kesalahan ejaan tu.

2. It's what we called categorization. I know you first as a SubangSupremo. So, takleh nama keluar lepas tu lagi. Sekali sahaja.

3. 13 tahun ek?! And then pasal salah nama aje tak nak kawan dengan aku. That's just so TYPICAL you! Chaiiit...

4. Ada lagi 13juta orang lagi yang baca blog aku, cuma diorang segan nak bubuh komen macam lu!

5. 'NUFF SAID !
bluekkkkkk. (dengan lidah terjelir)
Apai berkata…
gua pun mintak maaf banyak2 kalau gua ada terkecilkan hati lu selama ni. jasa lu memperkenalkan 'dunia komik' kat gua tu pun dah tak ternilai rasanya. weeii... jemput datang rumah... ajaklah roy sekali.

gua masih menantikan smallville gua dengan tabahnya... :P
FaizalMukhtar berkata…
[apai]

Ya! InsyaAllah aku akan datang jua untuk menghabiskan segala jenis hidangan yang ada atas meja makan ngan atas meja dapur lu.

Pasal salahilap tu, sama-sama la kita. Kita semua manusia.
cik-yang-chomel berkata…
Nak wish raya,tp da wish aritu..nak mntk maaf pon, rasa nya da mntk maaf mlm raya aritu..(cuma x sempat nak tny ayah sms jawa awak)hehe..hmmm cuma saje nak comment sbb ada nama saya tercatat di ats..terima kasih atas ingatan saudagar mimpi =p tp yang paling saya nak tau....1 THING yang ko x UPDATE aku lagi tu!!!!!!! Update plsssssss....=p
FaizalMukhtar berkata…
[cik-yang-chomel]

tunggu pengumuman macam orang lain. update-nya kena adil dan sekata.

jangan nak ngelats!
ixora berkata…
Fara Fauzana..?
eh,Fara fauzana yg dj hotfm tu ke?
FaizalMukhtar berkata…
[ixora]

ya... Farafauzana yang jadi dj hotfm tu. Ada lagi ke orang yang nama Farafauzana??

;D