Makan-Makan Cari Jalan : Edisi Bolan Puasa ( BAHAGIAN DUA )

Untuk episod kali ini, kita akan sama-sama berbuka puasa dengan anak-anak yatim di Pan Pacific Hotel KLIA. Jemputan oleh Eraman KLIA dengan beberapa jemputan khas dan selebriti lain. Saksikan beberapa aksi-aksi liar, tidak senonoh, seksi dan ntah-hapa-ntah yang sempat dirakamkan. Semuanya unedited dan unrated. Enjoy !
Evil Wolverine and Evil Green Lantern has a message : " Another episode of buka puasa excursion? "
" Dah... dah! Jangan nak mengarut. Siap-siap --- kita nak buka puasa kat hotel bertaraf bintang ni. Mana butang baju Melayu aku, Deb?? "
" Maksud kau... MAKAN PERCUMA ??! BERTUKAR --- HENSHHHIINNNN!!!! "

Upacara pemeriksaan kuku supaya kebersihan dan kesihatan kendiri sentiasa kekal terjamin semasa pergi berbuka puasa di luar.

Dah sampai ni. Tengok-tengok ramai lagi yang tak datang rupanyaa...

Sabar menanti waktu bebuka puasa / melantak gaya bebas. Gecko pasang telinga kat mikrofon terdekat menanti laungan azan, aku pasang mata kat meja buffet menanti ...

TANGH : " Boring --- betoooll! "
NANZO : " A'aaaaaaa.... Ngap! ERKK!!! (tungau masuk mulut) "

YEAAAA!!! Dah masuk waktu. Mari kita mulakan dengan...

Air kosong dan kurma! Masing-masing pura-pura ceria dan gembira walhal perut dan nafsu dah mendadak nak ke meja buffet yang dah menggoda dari jauh nuuu!!!

Tangh menahan perut. Nanzo menahan angin. Jimi menahan nafas. Nora menahan sabar.

" Bila mau makan nasik daaaa... dah brape minit ni lepas nii??! "

Blerrrkkk! Keloyaan. Yang sebelah tu Bob, kawan sekolah aku merangkap pembekal cokelat untuk Eraman KLIA. Pertandingan makan kurma sampai terbelahak!
. . .
[ Selepas selesai membaham segala jenis macam menu dan juadah makanan yang ada, kami pun meneruskan acara yang diatur: Menghiburkan anak yatim. Maaf, gambar makan takde dan tak dapat disiarkan - terlalu GORI dan GANAS untuk tontonan umum ]

" Haa!!! Sapa nak tengok magic? Abang ada magic yang sangat handal, hebat, dahsyat, ngeri dan menghiburkan! "

Ni dia pertunjukan magic yang menjadi tumpuan upacara berbuka puasa semalam berserta tepukan gemuruh dari segenap dewan. Semua orang dah tak pedulik dah sapa buat show kat pentas. Erra Fazira yang tengah makan bubur lambok kat depan tu pun orang dah tak amik pot dah!

Amy Kamen - sponsor baju raya Jimi untuk majlis berbuka ini. Tangh kelihatan terlalu konsentrasi membuat demonstrasi melampaui segala obsessi. Aku macam biasa - lepas makan kontrol duduk aje la, tambah lagi makan buffet kat hotel! Huhuuu...

Lepas autograph session dengan anak yatim. Aku tatau apasal Gecko control ayu tapi muka Nanzo tu memang muka budak nakal dan...

...macam muka budak gatal! Podahhh!!! (Kesian Nora - kena paksa bergambar)

Time to go back. See you in the next episode!

TAMMAT

Ulasan

babazahra' berkata…
hellemek gua selisih jugak dengan lu semalam bro, gua x tahu pun lu nie lukis kartun @ geng-geng lukis kartun tu. lu meja 29 gua meja 24. anyway gua dah lama jadi hantu kat blog lu. TQ
FaizalMukhtar berkata…
[babazahra']

Laaa... tak tegur!? Kalau tak gua nak tunjuk lu satu 'magic' speical punya! HAHA.

Takpe, ada rezeki kitakan bertemu jua!
Niezam berkata…
kim salam kat nora
FaizalMukhtar berkata…
[niezam]

Aaahh!!! Takde pekdahnye! Asyik kirim salam manjang...

;p
afterwork8 berkata…
cakap nora dia dah ada abg angkat tak? ala, macam zaman gila2 remaja tu....hiihi
FaizalMukhtar berkata…
Korang ni apekene ni --- Eiii?!!! Geramnyaaa aku!!! Orang dah tak main dah abang-abang angkat dah zaman sekarang ni.

Lu dah ketinggalan zaman. Ngahahaha!