10 hari lagi nampaknya ...

Nanzo punya keje --- check it out sooner or later in the upcoming issue of Chronos Prophecy #1 !

( saya akan mulakan entry kali ini dengan satu ayat skematikal yang sangat tipikal dan cliché sekali )

Diam tak diam, senyap tak senyap... rupa-rupanya sudah 20 hari kita berpuasa ya? Ini bermakna tinggal lebih kurang 10 hari lagi kita semua akan menyambut hari keriangan dan kemenangan Aidilfitri. So, macamana kawan-kawan semua? Baju raya dah di beli? Kuih raya dah di beli/di buat? Kad raya dah di kirim? Adalagi mana-mana list kawan-kawan, sedara-mara yang tertinggal dalam acara berbuka puasa bersama? Duit raya dan dicongak-congak dan dibajet nak dibahagi dan dibagi kat siapa? Oh. Rupa-rupanya saya pun turut sama menasihati diri sendiri kerana hampir 2/3 daripada senarai di atas tidak saya penuhi.

Hari ini saya ada 2 jemputan berbuka puasa rasmi yang mana saya terpaksa pilih antara keduanya. Rasanya, part ni le yang paling mencabar sekali kerana sudah pasti salah satu daripadanya tidak mahu dikecewakan. Apatah lagi kedua-duanya sama penting dan sama relevan. Jadi, saya harap pihak yang saya tidak dapat penuhi undangannya itu tidaklah berkecil hati apatah lagi terasa tidak senang akan keputusan ini. Malah kita punya masa lagi untuk berbuka bersama bukan? ;D Bisa aja diaturi!

Lagi satu, ujian yang datang pada bulan puasa tahun ini setakat sekarang, nampaknya bagus-bagus dan baik-baik sekali implikasinya. Ya, tidak syak dan wasangka lagi --- Tuhan itu sememangnya Maha Adil dan Saksama. Saya rasakan apa yang patut saya rasakan.

Dan rasanya... BEST!

p/s : Tahniah juga buat Fytullah Hamzah yang baru saja selamat menimang cahaya mata pertamanya; Hannah F.

You're a daddy bro!

Ulasan

gayour berkata…
10 hari Ramadhan yang tinggal bukan sibuk dan leka dengan bende2 tu, tapi kena lebihhhhh sibuk untuk mencari LAILATUL QADAR wahai sobat! moga kita semua termasuk dalam golongan orang2 yang terpilih untuk menemuinya. insyAllah.
FaizalMukhtar berkata…
[gayour]

Yoshhh !