Tahukah anda?

11 Perkara yang sering terjadi dan berlaku pada tiap kali Ramadhan dan menjelangnya Syawal :
  1. Songkok salah letak. Kena beli baru... tiap-tiap tahun. Time bulan puasa pulak tu dia hilang, time lain tak nak pulang ghaib!
  2. Baju Melayu tak lengkap sepasang. Kalau baju takpe jugak, tapi kalau seluar aje yang tinggal? Camne nak sarung tu???
  3. Butang baju Melayu miss satu atau dua atau tiga... atau hilang semua!
  4. Ada sesapa nampak samping songket aku?
  5. Budget lintang-pukang.
  6. Sibuk carik contact lama sebab nak hantar kad raya.
  7. Teringat zaman bebudak dulu time main mercun belakang masjid --- kain sarung berlubang dan terbakar!
  8. Teringat zaman bebudak dulu, kalau puasa full dapat bonus duit raya. Ooh! Syok uuu...
  9. Repeat lagu raya tahun lepas punya lepas punya lepas punya...
  10. Tak tahu sama ada puasa kali ni, indeks jisim badan mempunyai perbezaan dibandingkan sebelumnya - Menaik? Menurun?
  11. Terserempak dengan ex-girlfriend lama masa nak pegi masjid sembahyang Tarawikh. Agak-agaknya khusyuk ke sembahyang aku hari tu?
Bagaimana dengan anda?

Ulasan

tomodachi berkata…
10 dari 10 perkara tersebut berdasarkan pengalaman anda sendiri bukan..
bagi pihak di sini, 1 dr 10 jer...itupun yang terakhir sekali yang sepatutnya di list bahagian atas sekali kerana masalah begitu 'kritikal'
kuikuikui...
FaizalMukhtar berkata…
[tomodachi]

oh ...sememangnya pengalaman sendiri!

Dan untuk pengetahuan anda, ini adalah disusun tidak mengikuti urutan tertentu. Boleh dirungkai sesuka hati mengikut suka hati anda! ;D
ixora berkata…
bagaimana dengan saya?

yg no. 1 tu mmg out sbb sy pompuan.(sy x pakai songkok cuma pakai tudung je ;p)

yg no. 6 tu sy setuju! tiap kali raya sy mst sibuk cr buku yg tertulis alamat kwn2 lama esp. kwn2 skola dulu sbb nk hntr kad raya

duit raya??hmm,tiap thn bil duit raya yg sy dpt makin kurang dan lps ni xkan dpt terus disebabkn faktor usia yg makin meningkat.huhuhu

satu yg pasti,raya thn ni kakak sy tidak beraya di m'sia.owh,sedihnya! :(
FaizalMukhtar berkata…
[ixora]

Tapi barang harus diingat --- Puasa dan Hari Raya adalah lebih dari segala-galanya yang tersenarai disini!

Ayuh!!! Kemukakan senaraianmu itu...
ixora berkata…
sy kemukakan senarai membeli-belah boleh? hihihi ;D
gayour berkata…
perkara nombor TUJUH tu buat gua tak percaya langsung! tak baiek lu tipu orang ramai dalam bulan Ramdhan yang mulia ni. lu tau apa yang gua maksudkan kan? HAR FRAGIN HAR!
FaizalMukhtar berkata…
[gayour]

kiasan,dude... kiasan! Mana boley direct. Kurus pahala puasa weii kalau cerita version director's cut diaaa!!!