PREVIEW KOMIK


BARONGAN – HIKAYAT SYAH MARDAN (Edisi Komik Sampingan)
Satu lagi keluaran komik dari Dewan Bahasa dan Pustaka

Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka (2007)
Penulis : Yusrizal Mohd Yusof (usenohook)
Pelukis : Mohammad Yazid Kamal Baharin (Zid)
Fythullah Hamzah (Kromosom)
Mohd Munadzam Samsudin (Peenutt)
Nor Azmi Norazmi (Jimi)

64 Mukasurat (fullcolor)

Harga : RM 5.00
Pelukis Cover : Mahathir Buang (Milx)

Bagi yang sudah sekian lama menantikan sebuah komik berunsurkan mitos serta legenda yang berasal dari tanah nusantara, maka kini masanya sudah tiba(kembali). Komik ini yang pada peringkat asalnya dipaparkan secara online menerusi lamanweb Karyanet; menghidangkan beberapa judul-judul lain juga seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan juga Hikayat Amir Hamzah.

Kalau dilihat lampiran kulit belakangnya; ada terpapar gambaran ini :
“ Komik hikayat ini diadaptasi daripada hikayat asal dengan judul yang sama. Ceritanya berkisar pada zaman peralihan antara Hindu dengan Islam di gugusan Kepulauan Nusantara. Nama-nama negeri dan tempat yang terdapat di dalam cerita ini bukanlah satu rekod sejarah. Namun dongeng masyarakat ini sekian lama telah menjadi satu bahan yang tidak ternilai untuk tatapan dan hiburan masyarakat.

Kisahnya bermula di negeri Dar Al-Hastan yang puteranya, Raja Syah Mardan hilang semasa berburu. Kehilangan baginda akan menjadi satu permulaan pengembaraan yang penuh mistik dan cabaran. ”

Setakat ini(setahu penulis), terdapat hanya dua judul sahaja yang sudah dicetak untuk tujuan penerbitan/pasaran. Yang terdahulu adalah komik Hikayat Hang Tuah oleh Fythullah Hamzah(Kromosom) pada tahun 2004. Pengkarya utama untuk grafik novel ini adalah hasil sepenuhnya oleh Zid yang kira-kiranya sudah berlanjutan semenjak 3 tahun yang lalu tanpa ada kesinambungan cerita yang tegar. Begitulah format asalnya – jika dilihat dalam lamanweb Karyanet. Biarpun ianya tidak lengkap disempurnakan oleh Zid, mujur Jimi, Peenut dan Kromosom meneruskan pengkaryaan ini di bawah kelolaan penulisan Yusrizal. Tidak sabar rasanya untuk menantikan keluaran sulung nanti. Menurut sumber, masih tidak ada tarikh tetap/rasmi bilakan isu pertamanya berada dipasaran.

Masihkah anda ingat pada cover teaser ini pada Konvensyen Komik San Diego yang lalu? Ini jawabannya...

SEKUEL CIVIL WAR – SECRET INVASION
Adakah Skrull dalang kepada Civil War?

Terbitan : Marvel Comics
Penulis
: Brian Michael Bendis
Pelukis : Leinil Francis Yu

April 2008
Mini-siri 8 isu


Rata-rata pembaca dan penggemar komik yang mengikuti kisah CIVIL WAR oleh Marvel sebulat suara(mungkin) berpendapat bahawa peperangan saudara superhero tersebut masih belum selesai. Terdapat dua kelompok adiwira yang berpecah gara-gara daripada perbalahan itu : Pihak yang menyokong Dasar Kerajaan menerusi Akta Pendaftaran Adiwira(Superhero Registration Act) yang dikepalai oleh Tony Stark(Iron Man; kini mengambil mandat sebagai Pengarah S.H.I.E.L.D menggantikan Jeneral Fury) dan Pihak yang memberontak dan membelakangi akta tersebut lalu enggan mendaftar. Nah! Sekarang apa pula yang terjadi? Di manakah pendirian setiap seorang daripada komuniti superhero Marvel dalam hal ini? Bagaimana pula dengan keadaan dan situasi para penjahat-penjahat durjana yang sedia maklum akan apa yang berlaku? Apakah prinsip dan moraliti yang diperjuangkan mereka sudah berubah sama sekali? Masih rasional dan relevankah adiwira serta superhero ini diberi kredibiliti dan kuasa mutlak untuk menegakkan keadilan dan menjaga keamanan sejagat, sedangkan mereka sendiri terbelit oleh konflik ciptaan sendiri. Terhimpit oleh krisis-krisis yang semakin lama semakin getir komplikasinya. Justeru itu, baru-baru ini semasa berlangsungnya Konvensyen Komik Baltimore --- Marvel telah mendedahkan secara eksklusif judul komik yang akan memberi kesinambungan jelas tentang Civil War. Sebagai tambahan; ada beberapa karakter yang disangkakan mati atau 'hilang' dalam kancah peperagan tersebut kembali dengan keadaan yang sangat menggegar! Juga... pembongkaran BESAR-BESARAN di sebalik penyamaran makhluk Skrull sebagai superhero-superhero Marvel yang makin menyemakkan suasana yang dah sedia semak.

Komik itu diberi nama SECRET INVASION.


Avengers cuak bila di-ambush oleh Captain America dan team Invaders! Ha?! Captain America ada team??!


Komik diatas yang bakal berada dipasaran pada tahun hadapan akan menjawab majoriti persoalan-persoalan serta kemusykilan yang wujud. Pada tahun ini, kita hanya diberi WORLD WAR HULK(WWH) sebagai siri summer event Marvel(penulis beranggapan bahawa WWH hanya plot tempelan yang tidak banyak mengubah komposisi dunia Marvel). Penulis yakin 2008 bakal menghidangkan sesuatu yang besar; setidak-tidaknya setanding cerita Civil War. Selain itu, beri perhatian juga kepada siri ONE MORE DAY: SPIDER-MAN yang sudah pun bermula(Amazing Spider-Man #544) dan juga X-MEN: MESSIAH COMPLEX(yang akhirnya akan menjurus kepada epik yang lebih bersejarah dan berdarah X-MEN: DISASSEMBLED. Macam dahsyat!). Sekali lagi, Marvel masih waras dalam melampirkan cerita-cerita komiknya jika dibandingkan dengan saingan terdekatnya sejak dari dahulu(seteru tradisi), DC Comics yang masih lagi ‘cacamarba’.

Ni sapa nak jawab ni??!

SURPRISE UPDATE : Like something out of a TV soap opera, Sharon Carter is seemingly pregnant with the child of her dead super-solider boyfriend, Captain America (cuba baca Captain America #30 cepat)! As if the shock of realizing she killed Cap wasn’t enough, a positive pregnancy test piles on the problems. In nine months there’s bound to be some post-partum depression in store for Captain Junior’s mom.

Wait until you see what's happening to his sidekick; Bucky a.k.a Winter Soldier ! Ooohh... damn you CIVIL WAR !!!

Ulasan

gayour berkata…
AHHH...KARUT!
FaizalMukhtar berkata…
[gayour]

tak elok la cakap macam tu bebulan pose ni... kau nak Naruto kau ke taknak. Tak bagi kangggg...!