Another Adventure, Another Story...

CREATIVE KNOWLEDGE SHARING SESSION
@ MSC Malaysia's Multimedia Development Corporation (MDeC) Buyer Fly-In Program
KL HILTON, KL SENTRAL
24th AUGUST 2007
FEATURING
* * *
K E V I N E A S T M A N

Pernahkah anda terfikir bahawasanya inilah dia lukisan Ninja Turtle terawal dan pertama ciptaan Kevin Eastman hampir 25 tahun yang telah lampau?
...yang sedikit demi sedikit demi sedikit menjana satu fenomena yang amat mempersona ribuan malahan jutaan peminat serata dunia

Kisah empat ekor penyu yang dimutasi dan katanya " ...ada continuity dengan cerita Daredevil Frank Miller! "

Fully painted cover Teenage Mutant Ninja Turtles pertama oleh Encik Kevin!

Dia menceritakan tentang susur-galur hidup dan kariernya yang berisi pengalaman. Dan aku percaya dengan pesanan tradisi -
'Usaha Tangga Kejayaan!'

Selesai sessi, macam biasa. Melayan peminat. Melakar autograf.

Sempat juga memberi pesan-nasihat bila mana perlu dan menjawab soalan-soalan dari yang bertanya. Sangat friendly.

Cubaan Pertama untuk bergambar : Hanya dari kejauhan.

Cubaan Kedua : Si Eisu wakil-kan.

Ini bukan cobaan, ini betul-betul. Betul-betul ambik gambar dengan Hanie. Satu-satunya artis selain Kevin yang nak sign autograph untuk aku. TQ Hanie... teheheee!

Empat wajah serius dan satu wajah nyaris serius. Dari kiri : Krom(serius posing), Aura(serius makan), Iman(serius baru abis makan), Aku(nyaris serius) dan Niezam(serius tumpangkan aku datang sini)

Kevin Eastman mintak diri nak pergi makan tengah hari ni tapi...

...aku dengan cargas merampas kesempatan itu dan kali ini... YOSH! Aku bergambar dengan pencipta Ninja Turtles! Aku relakan aje dua karakter jemputan kat belah kanan gambar ni (Rugi lu tak ikut,Gayour!!!)

Dia sign dan sketch sesuatu untuk aku(akan aku simpan sebagai memoribilia dan mungkin jual kat ebay bila terdesak satu hari nanti. Itulah yang P.Ramlee bilang 'ekonomi'). Kelihatan Aura tak sabar-sabar nak bergambar dengan aku.

FaizalMukhtar dan Aura.

Acara yang tidak ada dalam list hari tu. Tapi speaker itu tetap meneruskan agendanya biarpun dewan mulai kosong. Chaitt! Takpe-takpe...


TAMMAT.

Ulasan

gayour berkata…
patutnye gua yang pegi!
lu patut bagi credit dan ucap terima kasih banyakbanyakbanyakbanyakkkk kat gua pasal bagi lu gantikan tempat gua! tak pe la, rezeki lu...
FaizalMukhtar berkata…
[gayour]

Yeeepaaa!!!