TODAY.. WE GO.. TO KINOOOOO ...!!!

SPIDER-WOMAN: TRAITOR! Check out this teaser image of Spider-Woman & Iron Man. Joe Quesada teased this would play a role in next year's BIG story event. CIVIL WAR 2 anyone? It's all boiling up in the recent issues of New Avengers...
Tiada apa yang terpaling indah selain menenteramkan diri dan perasaan pergi ke tempat yang kita sukai dan juga membeli-belah benda yang kita sukai. Dan untuk aku pada ketika wujud kelapangan, tempat itu tidak lain dan tidak bukan ialah ke sebuah tempat yang dipanggil Toko Buku/Kedai Buku. Tidak sah juga kalau ke kedai buku sekiranya tidak singgah sebentar(ataupun berbentar-bentar) ke seksyen komik. Walaupun sudah membeli beberapa lembar bahan ilmiah itu kelmarin dan semalam, namun ketagihan tersebut nampaknya tidak dapat dibendung sejak dua-menjak kebelakangan ini. Tambahan, aku sudah lama benar tidak ke toko buku kegemaran aku ini.

NEWLY RELEASED TP! Hmmm... menarik sungguh. Apakah yang harus dijadikan milikan untuk lawatan kali ini ye?! Ni yang 'jam' kepala macam gini bila banyak sangat choice.

YESS!!! Dapat satu. Eh, ni pun best jugak. Yang tu pun, yang ni, di sinun pun.. AAaaahh!!! (brader yang interframe dari tadi tak sedar pun dia dijadikan model sandaran untuk entry blog aku kali ni. Nasib badan).


So, tiga hari memburu –-- aku dapat :

NEW AVENGERS #33
(Pendedahan musuh baru Avengers, Spider-Man naik fed up sebab bertekak tak sudah dengan geng sendiri)

ANNIHILATION: CONQUEST - STARLORD #1 (artwork mamat Tim Green II ni macam Moebius. Cover pulak Nic Klein lukis. FUFF!)

X-MEN FIRST CLASS SPECIAL #1 (Ada antologi. Aku suka komik antologi)

UNCLE SAM AND THE FREEDOM FIGHTERS #1 (Daniel Acuna punya pasal)

ALL STAR BATMAN AND ROBIN THE BOY WONDER #6 (Apai dengan Lan punya)

IRON AND THE MAIDEN #1 (Gecko punya, tapi aku tolong belikan dan ‘baca’kan..hehe! Jangan kasitau dia)

THE DARK TOWER: GUNSLINGER’S GUIDEBOOK (Jack punya, aku ushar skit. Skit je)

FANTASTIC FOUR: BOOKS OF DOOM - PREMIERE EDITION (Jack punya jugak. Aku tak baca sebab ada seal plastik)

24SEVEN - VOLUME 2 (Nak carik Volume 1, out of stock pulak)

300 – WIDESCREEN TWO DISC SPECIAL EDITION DVD (Kat Malaysia ni, tak dapat free helmet Leonidas, takde collectable art card dan packaging lain dari version US. Takpelah, janji ada extra Special Feature)

* * *


BERITA TERKINI :

- Alex Ross sudah kembali ke pangkuan Marvel dengan satu PROJEK RAHSIA. Dengar cerita… PENGEMBALIAN CAPTAIN AMERICA! (Hehe.. bijak!Bijak!)


- Tang Eng Huat/Kutu punya artwork untuk komik SILVER SURFER: IN THY NAME dah keluar. CUN. LAYAANNNN!


- Simone Bianchi dengan Warren Ellis ganti John Cassaday dengan Joss Whedon untuk komik ASTONISHING X-MEN edisi akan datang.



- Job terbaru team ULTIMATES 1 & 2 iaitu Encik Mark Millar dan Brian Hitch ialah FANTASTIC FOUR.


- ULTIMATES 3 Joe Madureira keluar bulan Disember. Sapa nak order kat aku, kena tunggu bulan Oktober nanti ye?? Sempat dan ngam-ngam untuk aku pau duit raya korang.


- Ada orang dah tengok klip filem BATMAN THE DARK KNIGHT kat Wizard World Chicago. Dammit.



Kalau semalam aku jumpa BumbleeBee kat workshop, hari ni aku jumpa Herbie pulak... WOHOO!



p/s: Chelsea menang manakala Man U hanya seri 1-1 dengan kelab pembaca(Reading); yang hanya bermain dengan 10 orang pada separuh masa. Hehe... what are the odds??

Ulasan

gayour berkata…
gua dah agak dah! diorang memang main bangsat punyer! kapten yang dah mampus tu pasti akan dihidupkan semula! leceh tul la. alex rose plak yang lukis. nak oder ker tak komik ni nanti? ARGHHHH!
FaizalMukhtar berkata…
[gayour]

you make me remember that song, "I DON'T WANNA BE A SUPERHERO". Ya, Kapten Amerika sudah kembali. Dan ianya dilukis oleh Alex Ross. You have anything against it,brader?! It's your problem. HARHARHAR
gayour berkata…
ah, FRAG!