FUH KIRI! FUH KANAN! BERKAT DOA BAGINDA ALI.

Kepala penulis yang sebelah kanan dan yang di bahagian atas sedikit(juga yang sebelah kanan) nampaknya terlalu getir menahan kesakitan. Mungkin migraine, mungkin bukan. Mungkin lebam, mungkin tidak. Mungkin salah tidur, mungkin tidak. Mungkin terlalu banyak menggunakan kapasiti otak kanan, mungkin tidak. Mungkin itu, mungkin ini. Mungkin ya, mungkin tidak. Jadi, begini sajalah :

Esok hari Jumaat dan ayuh kita sama-sama affirm yang sebaiknya dan mohon pada Allah SWT untuk yang sebaiknya.

* * *

( Flashback ke pagi tadi, waktu makan sarapan )

Tidak disangka, rupa-rupanya kawan penulis yang dahulu sekuliah dan sejurusan di universiti kini bakal menjadi suami. Yang menjadi kejutannya ialah bakal isterinya itu tidak sama sekali berada dalam hitlist kami kawan-kawannya satu masa dahulu. Seorang selebriti yang kalau disebuat aje namanya, satu Malaysia tau kot. Rujuk aje suratkhabar atau mana-mana media massa terkini untuk maklumat terkini. Bak kata orang, kalau dah jodoh... jodoh la jugak Kuasa Tuhan jua adanya.

Tahniah 'Kapak' in advance.

Ini ada lagi satu tambahan fakta menarik yang ingin dikongsi bersama oleh penulis kepada semua. Barangsiapa yang menghargai kecomelan serta keindahan genit yang menggoda secara bermoral, sila beri sokongan dan perhatian kepada : MORNING MUSUME !

Ulasan

ixora berkata…
hello,
kawan anda tu kawin dgn selebriti ke?
FaizalMukhtar berkata…
[ ixora ]

YA!

Tepat sekali. Mana tau ni... mesti pernah nampak dia baca berita kat TV atau tengok dokumentari wanita yang hari Ahad tu kan?kan?kan???

;D
ixora berkata…
saya sgt ketinggalan bab2 hiburan ni.uhuh.boleh bgtau siapa selebriti berkenaan? saya tak dpt meneka dgn tepat..
FaizalMukhtar berkata…
[ ixora ]

TAK BOLEH. Sila teka sampai dapat... NGAHAHHAHAAA!!!
ixora berkata…
encik faizalmukhtar sgt kejaammm..!!

bagi la klu skit..

pleaseee...!!!
ixora berkata…
adakah selebriti itu azizah arifin kerana nama beliau shj yg muncul dlm otak saya sejak mula lg. hahaha. tak mgkn nurafenda sbb dia bkn pembaca berita n she's married pn. rite?
FaizalMukhtar berkata…
[ ixora ]

azizah ariffin.

betul.

Ha! Terer pun teka.