Komik dan Anda

Sejak kebelakangan ini, pengalaman membaca komik-komik DC nampaknya semakin membungkam penulis. Adalah adil sekiranya dikatakan bahawa semuanya bermula sesudah usai peristiwa INFINITE CRISIS pada tahun 2006 yang membawa kepada pelbagai lagi rangkaian-rangkaian spin-off dan kesinambungan cerita yang semakin lama semakin mendatangkan kerunsingan. Komik mingguan 52 misalannya ( yang penulis sehingga ke hari ini terasa sedikit ‘kesal’ kerana mengumpulnya ), seolah-olah hanyalah helah atau gimik yang tidak kukuh semata-mata untuk menghidupkan semula plot cerita multiverse ciptaan DC yang sudah pun disatukan dalam INFINITE CRISIS #7. Dan apabila tamat 52 #52, nampaknya sengaja dan terang sekali DC mempunyai agenda tersendiri untuk memanipulasikan keadaan. Muncul pula DC COUTDOWN. Countdown yang katanya cuba merungkai persoalan-persoalan yang tidak ternyata dalam INFINITE CRISIS, 52 malah keseluruhan dunia DC itu sendiri. Oh! Makin sulit dan menyesakkan. Terkini pula, disergah oleh poster acahan (teaser) ini...


Lagi berapa banyak krisis daaa...

Cukup. Cukup buat sementara ini. Seolah-olah mereka-mereka yang berada di DC itu mencabar-cabar kredibiliti pembaca untuk menilai. Jikalau makin rumit, nampaknya DC mungkin mengalami Krisis pembaca kelak. Semua disebabkan himpunan cerita-cerita krisis yang tidak berkesudahan. Kalau ada pun tajuk-tajuk DC yang masih menarik minat penulis setiap Ahad ke kedai komik ialah :

ALL STAR SUPERMAN
( gandingan Grant Morrison dan Frank Quitely yang sangat jarang menghampakan sejak zaman The Authority lagi )


ALL STAR BATMAN & ROBIN THE BOY WONDER
( itupun selalu sahaja tertangguh gara-gara alasan jadual si pelukisnya, Jim Lee yang meng‘gila’ )


JUSTICE LEAGUE AMERICA
( mungkin kerana novelis Brad Meltzer )

Marvel. Ya! Ini memikat dan sangat menarik untuk diperbincangkan sekiranya ada dikalangan anda di luar sana adalah pembaca dan peminat komik. CIVIL WAR telah menjana sejarah dan mencipta banyak keterujaan tersendiri, yang mencakupi hampir-hampir keseluruhan dunia Marvel 616 atau Marvel Asal ( tidak termasuk Ultimate Marvel atau yang lainnya ). Captain America terkorban, Spider-Man / Peter Parker memdedahkan identitinya kepada khalayak umum, Avengers berpecah-belah, Akta Pendaftaran Adiwira ( Superhero Registration Act ) yang mewujudkan Gerakan Initiative diungguli Iron Man / Tony Stark; yang juga dilantik sebagai Pengarah S.H.I.E.L.D, Hulk mengamuk dan membalas dendam setelah di ‘buang negeri’ oleh konco rahsia Illuminati, Perang Dunia anjuran Hulk dan banyak lagi. Yakini bahawa biarpun plot cerita Marvel tidak serumit DC yang berjela dan menyesakkan fikiran. Selera untuk membacanya pun terbuka. Rata-rata olahan cerita malah lukisan yang dihidangkan Marvel menepati citarasa penulis.
Terutamanya;

NEW AVENGERS ( sudah sangat lama menantikan gandingan Brian Bendis dan Leinil Yu, akhirnya tercapai )

ULTIMATE SPIDER-MAN ( akhirnya, tamatlah legasi Mark Bagley - yang entah apa cantiknya pun. Kini diganti dengan Stuart Immonen, salah satu pelukis kegemaran penulis. Bendis tetap kekal sebagai penulis )

IRON MAN : ENTER THE MANDARIN ( kerinduan pada Eric Canete terubat juga pada komik yang bakal terbit ini )


ULTIMATES 2 ( sudah agak terkebelakang untuk diceritakan tetapi kredit harus diberikan untuk Mark Millar dan Brian Hitch yang membawa kekuatan sinematografi ke dalam komik )


ULTIMATES 3 ( ... sambungannya oleh Jeph Loeb dan Joe Maduriera. Apa lagi yang hendak diperkatakan, satu lagi Dream Team. Tunggu saja tarikh pengumuman rasminya pada Konvensyen Komik San Diego hujung miggu ini . Gambar tanpa ehsan majalah Wizard)


ULTIMATE POWER ( idea bernas dan gempar TIGA PENULIS ulung, Brian Michael Bendis, J. Michael Straczynski dan Jeph Loeb )





SPIDER-MAN : ONE MORE DAY ( dari buah ilham Ketua Editor Marvel, Joe Quesada. Kalau tidak kerana dia, mungkin penulis tidak minat memilikinya. Tambahan pula, penulis bukanlah peminat besar Spider-Man )

…dan lain-lain.

Oleh itu, kiranya ada diantara anda yang berlegar-legar untuk memulakan koleksi atau mahu menetapkan sesuatu sebagai pencinta komik, tidak kiralah komik apa sekalipun terutamanya dari DC atau MARVEL – pastikan ia praktikal dan selesa untuk dimiliki. Penulis sekadar berkongsi idea dan pendapat.

Ulasan

Niezam berkata…
huh! memang komik spider man one more day ditunggu-tunggu. saya pun jarang beli spiderman comic tapi ini joe quesada punya pasal. tak sabar tunggu. gred land sejak akhir ni lukisan dia memang best. dia dah start pakai line... dulu dia asyik shading je. pehal pun nanti saya settelkan dua justice comic tu nanti kat summit bila jumpa. haaaaa....
Nazri berkata…
Aku collect 52 jugak.

Aku rasa menyesal collect 52.

Brengset punya DC.
FaizalMukhtar berkata…
[ niezam ]

Since Joe Quesada take over as editor-in-chief MARVEL, dia jarang mengecewakan. Dengarnya ada *SPOILER* dan kejutan besar dalam ONE MORE DAY.

* * *

[ nazri ]

Penyesalan-mu dirasai sama. Sabar... ada jugak benda-benda historical yang penting jadi dalam '52'.

... tapi, ya. Tetap BRENGSET!
azhar berkata…
one more day..di tunggu2 dsebabkan joe quesada..

tang komiik..memang best..tak larat nak collect..

la ni gua layan hellboy, spirit by darwyn cooke, world war hulk..

dan mesti beli allstar superman & batman..

tak sabar menunggu All star WonderWoman by Adam Hughes!
FaizalMukhtar berkata…
[ azhar ]

Rasanya AllStar Wonder Woman(Adam Hughes) dengan AllStar Batgirl(Geoff Johns/J.G Jones) lama lagi kot... takde announcement pun kat Comic Con.
Niezam berkata…
ikut schedule adam hughes... dlm 2007. mungkin akhir 2007 atau awal 2008. dia tak kaler art comic tapi orang lain dan ini memungkinkan kerja dia siap cepat. sabor je.
gayour berkata…
har fragin har! tu la... dulu lu bangga sangat dengan komik 53, 54, 55 tu. skang rasai lu!
rob liefield ( pelukis komik feveret lu tu... )patut kembali melukis untuk menyelamatkan keadaan yang tenat ni. harharhar!
hulk memang patut kuar dari petapaan beliau dan amuk tanpa arah tujuan. bunuh semua yang konon belagak penegak keadilan tu!
one more day? yeah! satu hari lagi untuk spiderman idup. pas tu dia patut mati tanpa nisan! encik hulk... belasah dia cukup2! FRAG EM ALLL!
FaizalMukhtar berkata…
[ gayour. ]

do not mock me with that swindling man... ROB WHO?!