Dalam episod seterusnya...

Hari ini penulis ke tempat kerja agak awal dari biasa. Tiada sebab yang spesifik sekiranya ada timbul persoalan-persoalan yang bermula dengan kenapa dan mengapa. Ada juga beberapa kemungkinan yang memungkin ini. Antara rutin biasanya sebelum mula cergas menulis dan menaip, ialah memeriksa barisan e-mail yang dihantar. Dan e-mail ini kononnya dihantar sama ada atas dasar jenaka atau mempunyai agenda tersendiri serta yang lain-lainnya :




Retorika manusia.

Oh. Hari ini juga perlawanan terakhir yang melibatkan pasukan kebangsaan kita. Malaysia lawan Iran (pelayak 3 kali Piala Dunia). Penulis ke sana malam ini sebagaimana penulis gagahi jua ke stadium pada hari Sabtu lepas dan perlawanan pertama Malaysia sebelumnya.

Ayuh. Bukan selalu kita dapat tengok ‘pesta’ sebegini. Media berpesta. Politikus berpesta. Pengkritik berpesta. Penyokong berpesta. Pemerhati berpesta. Pesta yang penulis rasa bakal menjadi katalis untuk pembangunan dan kemajuan bolasepak nasional, kira-kira tiga ke lima tahun akan datang. Atau mungkin lebih. Tunggu dan lihat. Ini prediksi penulis.


Untuk kesekian kalinya juga, harus diingat sekali lagi – penulis adalah seorang PATRIOT.

Ulasan

gayour berkata…
NASIONAL DISASTER!
oh, man...
FaizalMukhtar berkata…
unintentional disaster, takpe dude...