" Cerita dari dalam Stadium ! "

Pada satu hari saya ke stadium untuk menonton perlawanan bola sepak Piala Asia bersama kawan saya.

Ini kawan saya. Pada mulanya saya tidak sangka dapat ke stadium kerana saya berada di kenduri kahwin kawan saya. Lihat sahaja baju saya yang tidak sesuai untuk dibawa berfoya-foya ke stadium.

Akan tetapi, disebabkan saya ini selalu sahaja ketagihan bola sepak; saya tetap pergi juga. Ada dua orang kawan saya iaitu yang berbaju hitam ini dan...

... yang berbaju hijau dan yang sedang tersenyum meilhatkan giginya itu. Kami sekali lagi meilhat kekalahan pasukan kebangsaan yang penuh bersejarah itu. Oh! Sesuatu yang mengejutkan.

Ini pula gambar sebelum Piala Asia. Perlawanan persahabatan Malaysia menentang Jamaica. Malaysia tewas 0 - 2.

Saya hairan kenapa pasukan semacam Jamaica sanggup datang ke sini untuk bermain bola sepak sedangkan Jamaica itu sangat jauh sekali dengan negara ini.

Mungkin kerana mereka ingin bercuti sempena Tahun Melawat Malaysia. Mungkin juga mereka ingin berseronok-seronok. Perlawanan ini pun macam tidak dimainkan bersungguh-sungguh.

Tidak mengapalah. Janji dapat tengok bola sepak. Itu sahaja cerita pendek saya buat kali ini. Jumpa lagi.

SEKIAN.

Ulasan