O B S E S S I . T R A N S F O R M A S I

In 1984, the Transformers brand took the world by storm with it's unique compelling saga of the " Robots in Disguise " and quickly became a childhood rite of passage with a tremendously successful toy line from Hasbro and Takara, a classic comic book series, television program and animated feature film. Twenty years later, a new generation of kids has discovered the excitement of the Transformers brand and the legendary characters, such as Optimus Prime and Megatron, that truly are " more than meets the eye ". Today, the franchise features a popular toy line, an upcoming animated series on Cartoon Network and a chart-topping comic book series from Dreamwave Productions, which sold two million Transformers comic books the last few years. And now, finally the time of 2007 have arrived for...
( baca menggunakan vokal suara Peter Cullen a.k.a Optimus Prime untuk kesan lebih mantap dan berahi )



Usah khuatir. Tiada sebarang spoiler untuk entry ini. Hanya overview; bukan preview atau preview

Penantian penulis selama hampir 20 tahun berakhir malam tadi. Cineleisure Damansara menjadi medannya dengan tayangan gala perdana TRANSFORMERS yang bermula tepat jam 9.00 malam. Ada tiga tayangan sebenarnya dan kami bertuah kerana mendapat tempat untuk berada pada tayangan yang pertama. Yang hadir sama adalah Gecko(selaku kapten rombongan), Jeremy(selaku penolong ketua rombongan), FaiRoy(jemputan khas), Tarakucha(jemputah khas), ShazRoy(jemputan khas) dan penulis sendiri(perombong khas). Terima kasih untuk Gecko selaku fanboy tegar yang bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk mendapatkan jemputan-jemputan tersebut.

Baiklah. Terus sahaja kepada filem dan topik utama. Sesiapa sahaja yang membesar ataupun dibesarkan pada dekad 80an pasti akan merasakan sesuatu yang luarbiasa bila terkenangkan kembali keghairahan dan persona yang ada pada siri-siri kartun yang tersiar pada era itu. Thundercats, Silverhawks, M.A.S.K, Voltron, Ninja Turtles, He-Man dan banyak lagi. Dan penulis dengan berani mendedahkan dan membuat akuan bahawasanya tahun-tahun sekitar 80an merupakan zaman kegemilangan maskuliniti kartun/animasi (walaupun ada segelintir kartun/animasi berunsur femina seperti She-Ra, Jem, My Little Pony, Care Bears dan lain-lain). Tidak dapat tidak, Transformers muncul sebagai adijagat segala variasari aliran karun/animasi 80an; pada hemat penulis. Jelas malam tadi adalah kemuncak keghairahan itu yang telah membuak lama.

Steven Spielberg dan Michael Bay serta Don Murphy dan Tom DeSanto muncul merealisasikan impian penulis dan seluruh warga fanboy serata bumi. Malah Spielberg dan Bay sendiri mengaku mereka juga adalah tergolong dalam generasi fanboy sejak sekian lama. Syabas dan tahniah juga buat John Rogers, Alex Kurtzman dan Bob Orci yang sanggup tampil melakarkan jalan cerita lakon layar hebat yang buah ilham berjuta-juta peminat Transformers seluruh dunia yang selama ini mendambakan sebuah filem live-action pejuang robot-robot tempur elit Autobots dan Decepticons dari Cybertron.
Keramat francais Hasbro yang segar malar ini diberi suntikan sutradara dan pembikin filem Hollywood bagaikan anugerah yang tidak ternilai kepada penggemar-pengemar dan pengikut-pengikutnya yang mula menular dengan siri animasinya yang bermula tahun 1984.

Melangkah masuk ke panggung, penulis menjangkakan beberapa perkara. Dua diantaranya ialah : [1] Orgasme berangkai dan berulang-ulang hadirlahir dari jeritan batin dan zahir penonton yang ada didalam dewan kerana majoritinya adalah fanboy, termasuk penulis, dan [2] Suasana gemilang terkesan sikap proaktif dan agresif yang pasti akan bersorak-sorai dan bertepuk-tanmpar setiap kali ada timbangrasa untuk berbuiat demikian. Ternyata benar telahan dan dugaan penulis. Seronok dan terharu bila semua serasa sama.


Jika dibandingkan dengan The Rock, Armageddon dan Pearl Harbor(sekadar menyebut beberapa filem), Transformer adalah teraju Michael Bay yang mempunyai setpieces-setpieces action yang paling lama dan panjang dalam sejarah portfolio perfileman arahannya. Segala kerangka, perincian dan efek-efek serta kesan khas yang ditonjol dan dihidangkan hebat-hebat belaka. Terbias setiap kesungguhan krew dan komitmen unit produksi sepanjang perfileman. 'Sampai' terus kepada penulis. Dari sekecil-kecil naratif hingga sebesar-besar babak tempur yang terlalu mustahil dilakukan beberapa tahun dulu. Sekiranya hanya ada satu perkataan yang melambangkan keseluruhan filem ini maka perkataan tersebuat ialah – D A H S Y A T .

Ayuh. Kiranya ada ruang masa dan peluang untuk ke pawagam, saksikan sendiri penangannya. Sebagai sedikit cenderahati nan tanpa ada apa-apa sikap prejudis dari penulis, sila ambil perhatian dan perhatikan watak dan ‘nyawa’ yang diberikan untuk tiap-tiap personaliti Transformers yang ada dalam filem ini. Terutamanya infantri-infantri Autobots di bumi. Kamu akan merasa kagum dengan reformasi untuk versi layar perak ini berbanding siri animasinya. Petang ni penulis akan singgah ke panggung lagi bersama Zedd dan Lobak. Mungkin ada lagi rahsia yang terselindung yang masih belum dibongkar. Kemudian itu, mari kita beramai-ramai pergi ke Stadium Bukit Jalil dan memberikan gelora sokongan kita yang padu itu. Perlawanan MALAYSIA bertemu JAMAICA.


Siri animasi baru Transformers untuk 2008 dari Cartoon Network. Apa pendapat kalian ?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
all i can say is "G E M P A Q !!!" ...applauds to Michael Bay! two thumbs up, bebeh!!!
FaizalMukhtar berkata…
two thumbs up aje.

well, i say ...all thumbs up!!!
gayour berkata…
but i say ONE BIG PUNCH right through ur stomach boy scout!
kartun tahun 80an bukan bestpun! apa sangat la! kan skang ni semua giler kat kartun/animasi manga. yang pegi tengok cite adaptasi dari tahun 80an apahal?
apapun, eeee.... tak sabonye gua nak tengok cite ni kat TV 2 10 malam, mungkin hujung tahun depan! yeahoooo! har fragin harr!
FaizalMukhtar berkata…
lu ingat ni zaman Dunhill Double ke... cheh!
Tanpa Nama berkata…
Hahhaha! Nostalgia beb! Zaman Dunhill Double mmg best. Ye la kan, VCD dan DVD mana ada masa tu, jadi TV2 la jadi pilihan utk tgk movie yg best best! Seingat aku kalo kat paper sebesar2 iklan Dunhill Double. Mmg ada thrill tgk tv masa tu. Tidak seperti sekarang, chanell banyak tapi cuma ulang benda yg sama je.